The Muamalat Newsletter Vol.1 2023

5 FEM Newsletter | June 2023 Disediakan oleh: Prof Madya Dr. Norhaziah Nawai Penyelaras Bengkel Penyelidikan FEM 19 Mac 2023, Nilai - Bagi membudayakan dan meningkatkan jumlah penyelidikan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) telah mengadakan bengkel penyediaan proposal penyelidikan yang melibatkan semua staf akademik FEM. Bengkel ini diadakan sejajar dengan sasaran Fakulti bagi tahun 2023 iaitu lebih ramai staf akademik dilantik sebagai Ketua Penyelidik dan/atau Penyelidik Bersama menerusi penghantaran permohonan geran penyelidikan sama ada dalam atau luar USIM. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada staf akademik berkaitan dengan tatacara terkini permohonan geran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi sistem MyGRANTS dan memberi perkongsian berkaitan dengan tips dalam melengkapkan permohonan dan peluang untuk berjaya memperolehi geran berdasarkan pengalaman penceramah. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Persidangan FEM dengan menjemput dua orang penceramah iaitu Prof. Dr. Salina Kassim, Profesor di IIUM Institute of Islamic Banking and Finance. Beliau merupakan panel penilai bagi geran FRGS di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi. Beliau telah memberikan ceramah berkaitan “Tips on How to Write Winning FRGS Proposal: Panelist Perspective”. Manakala penceramah kedua adalah Prof. Dr. Fauzias Mat Nor, Profesor di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM. Beliau juga merupakan panel penilai geran FRGS di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi dan peringkat USIM. Beliau telah memberikan ceramah berkaitan “Tips on How to Secure an External Grant”. Banyak input yang telah diperolehi hasil dari bengkel ini di mana staf akademik FEM telah didedahkan dengan proses penilaian geran FRGS, faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan dalam mendapatkan geran tersebut dan bagaimana untuk mengisi sistem MyGRANTS. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan peluang dan tips untuk mendapatkan geran luar seperti geran industri dan geran pertubuhan atau Yayasan. Bengkel ini diakhiri dengan perkongsian geran-geran yang telah diperolehi oleh FEM. Bengkel Penyediaan Proposal Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi Peringkat Fakulti 2 Februari 2023, Nilai - Bertempat di Kompleks Islam Tuanku Mukhriz, USIM, majlis ini diadakan bertujuan mengumpul dana untuk kebajikan warga FEM termasuk para pelajar, staf dan alumni. Turut diraikan, anak- anak yatim sekitar Nilai dengan pemberian sumbangan duit raya yang disampaikan oleh YBrs. Dekan. Tazkirah berhubung kebaikan malam lailatul Qadr telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Asharaf Ramli. Turut hadir majlis ini, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa). Majlis ini dibantu oleh SekreFEM dengan kerjasama Pusat Islam USIM. Rai anak yatim melalui FEMily Charity Iftar Disediakan oleh: Dr Junaidah Abu Seman Penyelaras Jawatankuasa Alumni FEM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=