The Muamalat Newsletter Vol.1 2023

FEM Newsletter | June 2023 52 mempengaruhi ekonomi. Kajian yang menyeluruh ini adalah penting untuk memastikan saya memberikan maklumat yang tepat kepada penonton dan pendengar. “Ingat semua boleh ada di dalam minda kita ke, kita perlu buat kajian”. Kedua, proses menyediakan kandungan untuk temu ramah memakan masa yang agak panjang. Saya perlu menyusun fakta, data dan perbahasan yang akan saya sampaikan kepada media. Ini melibatkan pembacaan kertas kerja, laporan ekonomi, dan kajian-kajian terkini untuk memperolehi pemahaman yang mendalam tentang topik yang dibincangkan. Mempersiapkan kandungan yang baik memerlukan kesabaran, komitmen, dan usaha yang berterusan. “Kena Cucun, Cucun” bak kata Umar tiktok @ eienrazak. Selain itu, sebagai seorang ahli akademik yang sering dipanggil oleh media, saya sentiasa berusaha untuk memberikan solusi yang berguna dan praktikal kepada isu-isu ekonomi yang dibincangkan. Saya menyedari bahawa tanggungjawab saya tidak hanya memberikan analisis dan penjelasan, tetapi juga menawarkan pandangan konstruktif yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan kerajaan semasa. Saya sentiasa berfikir secara kritis untuk mencari jalan penyelesaian yang berpotensi memperbaiki situasi ekonomi. “Minda siang malam kena berfikir”. Selain cabaran intelektual, terdapat juga cabaran fizikal dan emosi yang perlu dihadapi. Sebagai contoh, acapkali saya perlu mengeluarkan belanja sendiri untuk perjalanan semasa menghadiri temu ramah. Namun tidak dinafikan, kadangkala ada juga pihak media yang memberikan sedikit honorarium atau saguhati untuk menampung kos pengangkutan. Selalunya saya perlu menempuhi kesesakan lalu lintas atau menghadapi situasi yang tidak selesa semata- mata untuk sampai ke tempat temu ramah. Ada kalanya saya perlu keluar sebelum subuh untuk sampai ke destinasi media tepat pada waktunya. Ini adalah pengorbanan kecil yang kita perlu bersedia untuk lakukan. Terakhir, satu cabaran yang tidak dapat dielakkan adalah menerima komen positif dan negatif dari masyarakat. Media sosial memberikan platform kepada orang ramai untuk memberikan pandangan mereka secara terbuka. Walau bagaimanapun, tidak semua komen adalah positif atau membangun. Kita perlu bersedia menerima komen negatif yang mungkin timbul dan cuba menggunakan mereka sebagai peluang untuk meningkatkan kecekapan komunikasi. Saya percaya bahawa dialog yang konstruktif dapat membawa kepada pemahaman yang lebih baik dan pemikiran yang lebih kreatif. Secara keseluruhan, pengalaman saya sering dipanggil oleh media untuk temu ramah berkenaan ekonomi telah memberikan saya pengalaman yang berharga. Proses ini melibatkan kajian mendalam, persediaan kandungan yang teliti, pemikiran solusi, pengorbanan fizikal dan emosi, dan bersedia menerima komen negatif. Meskipun cabaran yang dihadapi, saya merasakan bahawa ini adalah peluang untuk menyebarkan pengetahuan ekonomi dan memberikan khidmat kepada masyarakat dan cadangan kepada kerajaan semasa melalui media. Walaubagaimanapun, disebabkan kekerapan saya muncul di media, saya terlepas pandang beberapa isu yang boleh dibaiki. Sebagai contohnya, kerana kekangan masa, saya tidak menyediakan skrip dan lebih gemar menggunakan peta minda. Justeru itu, cara penyampaian mungkin lebih sebagaimana saya menyampaikan kuliah di universiti. Hal ini, mungkin tidak disukai oleh pihak media terutamanya apabila saya menggunakan teknik “coaching” iaitu memberikan soalan untuk memberikan kefahaman. Cara penyampaian ini berlaku secara spontan kerana ianya adalah tabiat saya dalam pengajaran selama dua puluh tiga tahun. Maka, saya perlu memperbaiki cara berkomunikasi dan meningkatkan kemampuan saya dalam berinteraksi dengan media dan ianya adalah suatu proses yang memerlukan masa. Jika ada dari rakan-rakan pensyarah yang berminat untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat, ini adalah salah satu medium yang boleh digunakan. Emel penulis: nuradli@usim.edu.my

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=