The Muamalat Newsletter Vol.1 2023

51 FEM Newsletter | June 2023 Tugas seorang akademik, selain menguruskan hal akademik di dalam pembelajaran dan pengajaran adalah membuat penyelidikan dan perundingan, berkongsi ilmu di dalam pembentangan persidangan akademik dan penulisan di dalam jurnal-jurnal, melaksanakan tugas pentadbiran akademik dan memberi khidmat masyarakat. Menulis di dalam majalah dan akhbar dan berkongsi ilmu di media massa melalui penampilan temu ramah jemputan TV dan radio adalah dikira sebagai khidmat masyarakat. Seseorang pensyarah itu cuma perlu menulis beberapa keratan artikel atau menghadiri beberapa jemputan TV atau radio untuk memenuhi KPI khidmat masyarakat. Markah penilaian tahunan khidmat masyarakat bagi seseorang akademik hanya lima peratus, disebabkan itu ramai ahli akademik lebih suka untuk menjadi low profile dari menjadi public figure, memandangkan ianya bukan tugas utama. Namun bagi golongan akademik yang sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak media boleh menggunakan platform ini. Selain daripada dapat berkongsi dan pengalaman dengan masyarakat dan memenuhi KPI, aktiviti bersama media ini dapat meningkatkan keterlihatan fakulti dan universiti secara amnya di mata masyarakat. Secara tidak langsung, ia menjadi jambatan memasyarakatkan ilmu. Pengalaman saya selama sepuluh tahun bersama media ini, saya ringkaskan, selamat membaca. Pengalaman saya sering dipanggil oleh media untuk ditemu ramah tentang isu- isu ekonomi telah menjadi suatu proses yang menarik dan mencabar. Saya masih ingat apabila dipanggil oleh 1news pada tahun 2013 untuk membincangkan berkenaan perlaksanaan cukai GST dan kemudian TV Al-Hijrah untuk berbincang tentang perancangan kewangan. Hampir sepuluh tahun saya memberikan khidmat kepada masyarakat melalui perkongsian ilmu di TV dan radio, termasuk majalah dan akhbar. Sebagai seorang ahli akademik, saya menyedari bahawa tanggungjawab ini membawa bersamanya beberapa tuntutan yang mencabar dan berat. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi beberapa perkara penting mengenai pengalaman saya dan cabaran yang dihadapi apabila sering dipanggil oleh media untuk temu ramah berkenaan kewangan dan ekonomi. Pertama sekali, ketika saya dipanggil oleh pihak media untuk mengulas sesuatu topik, saya perlu melakukan kajian yang menyeluruh tentang topik yang akan dibincangkan. Saya perlu memahami data dan fakta terkini, mengkaji kes-kes di negara lain yang berkaitan, serta memahami faktor-faktor global yang dapat Sedekad Memasyarakatkan Ilmu Melalui Media Penulis: Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali Jawatan: Profesor Madya , Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains IslamMalaysia Beliau juga merupakan • Timbalan Pengerusi, Persatuan Kakitangan Akademik USIM • Ahli Bersekutu, Majlis Profesor Negara • Ahli Kongres Persatuan Akademik Malaysia • Ahli Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia • Ahli Persatuan Muamalat Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=