The Muamalat Newsletter Vol.1 2023

3 FEM Newsletter | June 2023 24 Mei 2023, Bangi - Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan kerjasama pasukan penyelidik daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan satu libatsama bersama pihak industri dengan menganjurkan satu program perbincangan Town Hall bersama pemain- pemain industri daripada sektor koperasi mengenai panduan amalan audit syariah terbaik. Program ini telah dijalankan bertempat di Bangi Resort Hotel, Bangi, Malaysia. Seramai kira-kira 130 peserta telah menghadiri program kali ini melibatkan para pemain industri daripada sektor koperasi dan juga pemain industri yang berkaitan. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai wadah perkongsian, perbincangan dan percambahan idea bagi membincangkan isu-isu dan cabaran dalam pelaksanaan audit syariah di sektor koperasi di Malaysia. Pada masa yang sama, satu majlis menandatangani surat hasrat (LOI) antara IKMa dan USIM turut diadakan bagi memetrai persefahaman kerjasama antara kedua pihak dalam penghasilan kerangka tadbir urus syariah di sektor koperasi. Pihak IKMa diwakili oleh Encik Mohd Zaib Bin Mat Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) IKMa manakala pihak USIM pula diwakili oleh Prof. Madya Dr. Khairil Faizal Khairi, Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM. Majlis menandatangani LOI ini turut disaksikan oleh Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan), Datuk Mohd Ali Mansor, Ketua Pengarah IKMa, Prof. Dato’ Dr Mustafa Mohd Hanefah, Ahli Lembaga Pengarah USIM dan Tan Sri Datuk Dr Mohd Daud Bakar selaku penceramah ucaptama program. Sesi Town Hall yang diadakan telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Setinggi penghargaan kepada IKMa diatas kerjasama pelaksnaan sesi Town Hall ini serta pencermah-penceramah jemputan daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM iaitu Prof Dato’ Dr Mustafa Mohd Hanefah, Prof Dr Zurina Shafii, Dr Supiah Salleh dan Encik Zainuddin Ali selaku moderator serta semua yang terlibat di dalam menjayakan sesi Town Hall Kerangka Audit Syariah Koperasi. Disediakan oleh: Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin Kerangka Audit Syariah Town Hall

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=