The Muamalat Newsletter Vol.1 2023
33 FEM Newsletter | June 2023 belum melaksanakan proses audit syariah dan baki 31.3% pula tidak pasti akan pelaksanaan proses audit syariah di koperasi mereka. Berdasarkan maklum balas 6, majoriti daripada responden bersetuju bahawa kekurangan pengetahuan dalam isu operasi syariah (90.6%) merupakan antara isu terpenting yang dihadapi dalam pelaksanaan pematuhan syariah di koperasi masing- masing. Ini diikuti oleh isu-isu seperti kekurangan program latihan berkaitan pematuhan syariah dalaman (82.8%), kesukaran mengenal pasti polisi syariah dalaman (56.3%) dan kekurangan pelaksanaan audit syariah dalaman berasaskan risiko (50%). Selain itu, terdapat juga isu berkaitan saluran pelaporan syariah dalaman yang tidak jelas (46.9%) yang berkait rapat dengan tadbir urus syariah. Manakala, hanya 26.6% responden yang menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui kepentingan pelaksanaan audit syariah dalaman. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa majoriti responden mengakui akan kepentingan proses audit syariah di koperasi masing-masing. Berdasarkan maklum balas 7, seramai 34.4% responden bersetuju bahawa antara sebab utama ketiadaan pelaksanaan tadbir urus syariah di peringkat koperasi adalah disebabkan kurang ilmu pengetahuan berkaitan tadbir urus syariah. Ini diikuti oleh ketiadaan dokumen sebagai panduan dan rujukan (18.8%) dan tiada tempat rujukan bagi pelaksanaan tadbir urus syariah (14.1%). Manakala, seramai 29.7% pula bersetuju dengan kesemua sebab di atas. Hanya 3.1% responden menyatakan bahawa pelaksanaan tadbir urus syariah adalah bukan satu keperluan di koperasi masing-masing. Kesimpulan Secara keseluruhannya, koperasi di Malaysia mengharapkan agar Jawatankuasa Penasihat Syariah di peringkat SKM mempunyai tanggungjawab dan peranan yang mirip seperti Jawatankuasa Penasihat Syariah di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Selain itu, koperasi di Malaysia juga melihat keperluan untuk mewujudkan Jawatankuasa Syariah di peringkat koperasi itu sendiri sebagai sebahagian daripada kerangka tadbir urus syariah untuk sektor koperasi. Dari sudut pelaksanaan tadbir urus syariah semasa, lebih daripada separuh mempunyai amalan tadbir urus. Namun, pelaksanaan fungsi-fungsi syariah seperti semakan syariah (shariah review) dan audit syariah (shariah audit) dilihat masih berada di peringkat permulaan dengan lebih daripada separuh daripada koperasi masih tidak mempunyai fungsi-fungsi syariah ini. Tambahan pula, sejumlah isu dan cabaran telah dikenal pasti dalam pelaksanaan tadbir urus syariah di sektor koperasi. Ini termasuklah kekurangan pengetahuan dalam isu operasi syariah, kekurangan program latihan berkaitan pematuhan syariah dalaman, kesukaran mengenal pasti polisi syariah dalaman dan kekurangan pelaksanaan audit syariah dalamanberasaskanrisiko, saluran pelaporan syariah dalaman yang tidak jelas serta tidak mengetahui kepentingan pelaksanaan audit syariah dalaman itu sendiri. Justeru, kesemua pihak yang terlibat bermula daripada pihak berkuasa seperti SKM dan IKMa dilihat perlu untuk memberikan fokus dalam penghasilan kerangka tadbir urus syariah koperasi yang lebih menyeluruh dan mendalam. Ini termasuklah menyediakan garis panduan secara terperinci terkait tadbir urus syariah, penyediaan bengkel dan latihan berkenaan pematuhan syariah serta penguatkuasaan pemantauan dan kawal selia pematuhan syariah. Ini bagi memastikan agar koperasi bersedia untuk mengamalkan tadbir urus syariah di dalam operasi mereka bagi menjamin kepatuhan syariah. Rujukan: Ayedh, A. M. A., Kamaruddin, M. I. H., & Shaharuddin, A. (2019). Challenging the Current Shariah Screening Methodology Assessments in Kuala Lumpur Shariah Index (KLSI). International Journal of Academic Research in Accounting, Finance and Management Sciences, 9(4), 253-268. DOI: 10.6007/ IJARAFMS/v9-i4/6844 Hassan, R., Samad, R. R., & Shafii, Z. (2018). Shari’ah Governance Practices in Credit Cooperatives in Malaysia. Al-Shajarah: Journal of the International Institute of Islamic Thought and Civilization, Special Issue: Islamic Banking and Finance 2018, 89-109. Kamaruddin, M. I. H., Hanefah, M. M., & & Shafii, Z. (2019). Disclosure on Investment Account by Islamic Financial Institutions (IFIs) in Malaysia: Gaps between Malaysia Standards and AAOIFI Standards. In M. M Hanefah & M. I. H. Kamaruddin (Eds.), Shariah Governance and Assurance in Islamic Financial Sectors (pp. 146-176). Negeri Sembilan: USIM Press. Salleh, S., Shafii, Z., Hanefah, M. M., Kamaruddin, M. I. H., Zakaria, N., & Sabri, N. A. M. (2022). Development of Shariah Governance and Audit in Islamic Cooperative Sector. E-Proceeding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 (pp. 94-100), 1 December, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan, Malaysia. Samad, R., & Shafii, Z. (2021). An Islamic Approach to Governance and an Integrated Economy: In the Case of Cooperatives. International Journal of Business an Economy, 3(4), 89-109. Emel penulis: iqmalhisham@usim.edu.my
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=