The Muamalat Newsletter Vol.1 2023

31 FEM Newsletter | June 2023 sektor koperasi dan meningkatkan pematuhan syariah. Justeru, institusi koperasi terutamanya yang menjalankan aktiviti berasaskan syariah mestilah menerapkan tadbir urus syariah di dalam operasi mereka. Ini termasuklah tanggungjawab sama ada di peringkat lembaga pengarah koperasi, pengurusan dan jawatankuasa syariah di dalam membangunkan persekitaran berasaskan prinsip Islam dan patuh syariah (Samad & Shafii, 2021). Selain itu, pemantauan dan kawa selia daripada pihak berkuasa sektor koperasi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dilihat penting bagi melengkapkan ekosistem pematuhan syariah di sektor koperasi di Malaysia. Walaubagaimanapun, beberapa isu dan cabaran dalampelaksanaan tadbir urus syariahdi sektor koperasi untuk menjamin pematuhan syariah turut dikenal pasti. Ini termasuklah mewujudkan fungsi jawatankuasa syariah bukan sahaja di peringkat pengawal selia bahkan di peringkat institusi koperasi itu sendiri. Selain itu, ketiadaan fungsi syariah lain seperti semakan syariah (shariah review) dan juga audit syariah turut dikenal pasti. Tambahan pula, kekurangan ilmu dan kepakaran syariah di kalangan pemain di sektor koperasi turut menyumbang kepada cabaran di dalam pelaksanaan tadbir urus syariah yang cekap bagi menjamin kepatuhan syariah (Salleh et al., 2022). Metodologi Bagi memahami dengan lebih mendalam mengenai cabaran dan mencorak kerangka tadbir urus syariah di sektor koperasi di Malaysia, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan kerjasama pasukan penyelidik daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan satu program perbincangan Town Hall bersama pemain-pemain industri daripada sektor koperasi mengenai panduan amalan audit syariah terbaik. Program ini telah dijalankan pada 24 Mei 2023 bertempat di Bangi Resort Hotel, Bangi, Malaysia. Seramai kira-kira 130 peserta telah menghadiri program ini melibatkan para pemain industri daripada sektor koperasi dan juga pemain industri yang berkaitan. Sesi perbincangan Town Hall ini telah mulakan dengan sesi pembentangan ringkas oleh Dr Supiah Salleh, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga merupakan ketua penyelidik bagi kajian audit syariah koperasi. Selain itu, sesi Town Hall juga turut dijalankan oleh ahli pasukan penyelidik USIM lain termasuklah Prof Dato’ Dr Mustafa Mohd Hanefah dan Prof Dr Zurina Shafii. Manakala, Encik Zainuddin Ali pula telah bertindak selaku moderator bagi program ini. Sesi Town Hall dimulakan dengan pengenalan mengenai tadbir urus syariah dan audit syariah berdasarkan Garis Panduan Tadbir Urus Syariah (GP 28) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Kemudian, sesi ini membincangkan mengenai beberapa kes dan isu semasa di koperasi di Malaysia yang berkaitan dengan keperluan pelaksanaan tadbir urus syariah dan audit syariah di sektor koperasi di Malaysia. Antara isu dan cabaran yang diketengahkan termasuklah tiada kewajiban semasa bagi menubuhkan Jawatankuasa Syariahdi peringkat koperasi, konflik kepentingan antara pengurusan tertinggi dan jawatankuasa syariah, penggunaan istilahketidakpatuhan syariah seperti faedah, kompaun dan caj pembayaran lewat, pihak pegurusan koperasi tidak mengetahui isu-isu syariah, latihan dan pendedahan yang tidak mencukupi kepada kakitangan koperasi serta permasalahan berkaitan IT di mana perisian yang direka tidak sesuai dan tidak mengikuti skop dan tatacara syariah. Seterusnya, sesi Town Hall diteruskan dengan pengenalan kerangka tadbir urus syariah dan audit syariah bagi sektor koperasi yang meliputi lima teras utama iaitu: (i) tadbir urus syariah (komponen tadbir urus syariah, fungsi & pelaporan dan polisi pematuhan syariah); (ii) kawalan dalaman & pengurusan risiko bagi pematuhan syariah (pengurusan risiko syariah dan penilaian & penentuan risiko); (iii) audit syariah (pelaporan deposit & pelaburan deposit, pembiayaan & ar-rahnu, pendapatan tidak patuh syariah dan aktiviti & agihan keuntungan); (iv) proses audit syariah (metodologi perancangan, kerja lapangan, pelaporan dan tindakan susulan); dan (v) kompetensi & kemahiran (latihan, kelayakan dan audit syariah bebas). Dapatan Berikut merupakan hasil dapatan maklumbalas yang diterima daripada 64 responden yang hadir. Berdasarkan maklum balas 1, majoriti daripada responden bersetuju bahawa tanggungjawab Jawatankuasa Penasihat Syariah di Peringkat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah mirip dengan tanggungjawab oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Ini termasuklah mengeluarkan garis panduan berkaitan hal ehwal syariah sebagai rujukan (79.9%), Hanya sekitar 37.5% responden menyatakan bahawa mereka melaksanakan proses audit syariah di koperasi masing-masing. “ “

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=