The Muamalat Newsletter Vol.1 2023
FEM Newsletter | June 2023 30 PemerkasaanTadbir Urus SyariahSektor Koperasi di Malaysia Penulis: Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin Fakulti Ekonomi & Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia Pengenalan Sejarah pematuhan syariah oleh institusi berasaskan syariah telah bermula di Malaysia sejak penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji seawal tahun 1963. Ini diikuti dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) selaku bank Islam pertama di Malaysia pada tahun 1983 dan Takaful Malaysia selaku pengendali takaful pertama pada tahun 1984 (Kamaruddin et al., 2019). Pada tahun 1997, syarikat-syarikat tersenarai awam pertama kalinya telah menjalani metodologi penapisan syariah di dalam usaha untuk mengenal pasti syarikat yang berstatus patuh syariah di pasaran modal Islam di Malaysia (Ayedh et al., 2019). Namun, masih terdapat kurang perhatian diberikan terhadap pematuhan syariah di sektor koperasi di Malaysia. Sebenarnya, kebanyakan koperasi telah pun menjalankan aktiviti berasaskan syariah termasuklah aktiviti ar-rahnu yang juga turut dikenali sebagai pajak gadai Islam. Perkembangan terhadap pematuhan syariah di sektor koperasi di Malaysia didorong oleh pertumbuhan pesat terutamanya oleh industri kewangan dan perbankan Islam (Hassan et al., 2018). Aktiviti perniagaan berasaskan syariah dalam sektor koperasi digalakkan untuk beroperasi berdasarkan tadbir urus syariah dan melaksanakan audit syariah untuk memastikan keberkesanan pematuhan syariah. Objektif utama tadbir urus syariah dan amalan audit syariah adalah untuk meningkatkan integriti
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=