The Muamalat Newsletter Vol.1 2023

FEM Newsletter | June 2023 26 IBFIM, dalam membangunkan bakat dan profesional mahir dalam kewangan Islam. Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan oleh IBFIM kepada USIM di atas kerjasama yang telah terjalin terutamanya dalam menawarkan program CPSA sejak pengenalan program berkenaan pada tahun 2019. Untuk makluman, program CPSA merupakan satu program profesional berkaitan audit Shariah yang dinaiktaraf daripada program Shariah audit training (SAT) yang mula diperkenalkan oleh pihak kluster Accounting, Shariah Audit and Governance (ASAG), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) hasil daripada kajian di bawah Skim Geran Knowledge Transfer Programme (KTP) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014. Program CPSA terdiri daripada 6 modul merangkumi 3 peringkat melibatkan modul Fundamentals of Shariah for Islamic Finance dan Fundamentals of Governance & IBFIM terima penganugerahan daripada DYMM Tuanku Canselor dalam Majlis Santapan Diraja sempena Konvokesyen ke-20 Auditing di peringkat beginner, modul Accounting & Reporting for Islamic Financial Transactions dan Shariah Risk Management & Internal Control di peringkat intermediate dan modul Shariah Audit Planning & Programme dan Shariah Audit Fieldwork & Communication di peringkat advanced. Kesemua modul ini terhasil dengan melibatkan sejumlah lebih dari 25 proses moderasi validasi yang melibatkan pakar-pakar industri kewangan Islam. Selain itu, program CPSA telah berjaya menerima akreditasi penuh dari Finance Accreditation Agency (FAA), sebuah agensi akreditasi kewangan antarabangsa di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) serta memperolehi kelulusan dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk hakcipta serta tanda dagangan. Tambahan pula, program CPSA juga telah diiktiraf oleh Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS) di mana modul-modul CPSA diberikan pengecualian bagi pensijilan ASAS. Selain dari itu, program CPSA juga baru-baru ini diluluskan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera di bawah pelan Program Pembiayaan Pensijilan Profesional. Menerusi pelan ini, tajaan akan diberikan kepada calon-calon Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai program CPSA. Justeru, kerjasama diantara USIM dan IBFIM terutamanya dalam penawaran program CPSA dilihat bukan sahaja berjaya melahirkan tenaga kerja mahir berkaitan audit Shariah terutamanya dalam bidang kewangan Islam, bahkan ianya turut menjana pendapatan kepada USIM secara tidak langsung. Diharapkan agar kerjasama ini akan terus berkekalan dalam menyumbang terutamanya kepada industri kewangan Islam di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa pada masa hadapan. Emel penulis: iqmalhisham@usim.edu.my

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=