The Muamalat Newsletter Vol.1 2023

25 FEM Newsletter | June 2023 USIM- IBFIM Saling Iktiraf Melalui Kerjasama CPSA USIM Iktiraf IBFIM Bersempena Majlis Konvokesyen Ke-20 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah diadakan pada 13-16 Disember 2022, USIM telah berbesar hati menganugerahkan Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM) dengan Anugerah Khas Rakan Industri (Kategori Tempatan) USIM 2022. Anugerah ini telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM. Penganugerahan ini merupakan simbolik pengiktirafan USIM terhadap kerjasama yang telah dijalinkan bersama IBFIM terutamanya di dalam penawaran program Certified Professional Shariah Auditor (CPSA). Sejak pelancaran program CPSA pada 2019, seramai kira-kira 165 pemegang sijil CPSA telah berjaya dilahirkan. Jumlah ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan kira- kira 670 peserta meliputi 423 peserta daripada pelajar tahun akhir universiti awam Malaysia, 189 peserta daripada 18 institusi perbankan Islam dan bakinya daripada organiasi berkaitan seperti firma pengauditan dan juga peserta luar negara. Selain itu, kerjasama USIM dan IBFIM juga telah memperlihatkan USIM telah memperolehi empat geran kebolehpasaran graduan (2019-2022) dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1,038,550. Tambahan pula, pihak USIM juga telah menerima manfaat hasil daripada pengagihan perkongsian keuntungan yuran peperiksaan program CPSA yang telah dijalankan dengan jumlah terkumpul sebanyak RM356,054.06 sehingga tahun 2022. Ini melibatkan sejumlah RM178,127.26 bagi tahun 2020, RM91,668.00 bagi tahun 2021 dan terkini RM86,258.80 bagi tahun 2022. IBFIM Iktiraf USIM Dalam satu majlis yang lain pula, IBFIM telah berbesar hati menganugerahkan USIM dengan IBFIM Outstanding Industry Collaboration Award (IOIC) 2023. Bersempena Majlis Penganugerahan Pensijilan IBFIM Ke-4 yang telah diadakan pada 25 Februari 2023, anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, di Dewan Tun Abdul Razak, Bank Rakyat Convention Centre, Kuala Lumpur. IBFIM Outstanding Industry Collaboration Award (IOIC) telah mula dianugerahkan sejak 2018 kepada institusi tempatan dan antarabangsa untuk kerjasama cemerlang dengan Anugerah IBFIM Outstanding Industry Collaboration Award (IOIC) 2023 telah disampaikan oleh Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, di Dewan Tun Abdul Razak, Bank Rakyat Convention Centre, Kuala Lumpur kepada Naib Canselor Penulis:: Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin Fakulti Ekonomi & Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=