The Muamalat Newsletter Vol.1 2023

11 FEM Newsletter | June 2023 Aktiviti Tutelage Semester A222 9 Jun 2023, Nilai - Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) telah memperkenalkan program Tutelage iaitu program Mentor Mentee yang melibatkan semua pensyarah dan pelajar di FEM. Program Tutelage diperkenalkan agar pensyarah dapat mengikuti secara dekat perkembangan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar dibawah kumpulan pensyarah tersebut sama ada dalam bentuk pembelajaran akademik, perkembangan professional dan juga peribadi. Selain daripada perjumpaan formal, ada di antara kumpulan tutelage yang mengadakan aktiviti rekreasi seperti berkelah dan juga sukaneka. Melalui aktiviti tersebut, pelajar nampak lebih bersemangat dan seronok untuk menghadiri pertemuan bersama pensyarah. Disediakan Oleh: Dr. Najwa Najib Pensyarah Kanan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=