The Muamalat Newsletter Vol.1 2023
FEM Newsletter | June 2023 10 Lawatan Naib Canselor ke Bank Simulasi @ FEM Pada 3 Februari 2023 yang lalu, Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani telah sudi mengadakan satu lawatan ke salah satu tapak Learning Space iaitu Bank Simulasi @ FEM yang telah dibangunkan di Tingkat 4, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM. Ruang pembelajaran baharu ini telah mula dimanfaatkan oleh para pelajar dan pensyarah bermula pada tahun 2023 terutamanya kepada pelajar yang mengambil kursus-kursus berkaitan perbankan dan kewangan. Ruang ini menyediakan peluang pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dan pensyarah melalui pendedahan secara pembelajaran berasaskan pengalaman dan simulasi keadaan sebenar operasi bank. Semoga kemudahan Bank Simulasi @ FEM dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh seluruh warga FEM. Disediakan oleh: Dr. Nurshamimitul Ezza Ramli AJK Pembangunan Modul Bank Simulasi @ FEM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=