The Muamalat Newsletter Vol.1 2023

9 FEM Newsletter | June 2023 Kolaborasi USIM dan DBP menganjurkan Pertandingan Inovasi Lagu Rakyat USIM - DBP 2023 bertujuan untuk memupuk dan mendorong kreativiti khususnya dalam penghasilan lagu- lagu rakyat yang unik dan inovatif dalam kalangan anak muda.” “ “ Disediakan oleh: Dr. Nur Aqilah Hazirah Mohd Anim Penyelaras Pertandingan Inovasi Lagu Rakyat USIM – DBP 10 Mac 2023, Nilai - Fakulti Ekonomi dan Muamalat telah mengadakan lawatan kerja ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membincangkan potensi kolaborasi di antara kedua-dua institusi. Hasil perbincangan tersebut, USIM dan DBP akan menganjurkan Pertandingan Inovasi Lagu Rakyat USIM - DBP 2023. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk dan mendorong kreativiti, terutamanya dalam penghasilan lagu-lagu rakyat yang unik dan inovatif Lawatan Kerja ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan buku terbitan DBP. USIM dan DBP ingin memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk mengembangkan kebolehan dalam mencipta lagu rakyat yang memaparkan elemen tradisional sambil menambahkan unsur-unsur inovasi yang segar. Para pemenang akan mendapat pengiktirafan dan ganjaran yang menarik, termasuklah peluang untuk merekod dan melancarkan lagu-lagu mereka. Pertandingan ini diharap dapat melahirkan bakat- bakat baru dalam bidang seni muzik serta menyumbang kepada peningkatan minat dan kesedaran terhadap lagu-lagu rakyat dalam kalangan generasi muda. Pertandingan Inovasi Lagu Rakyat USIM - DBP 2023 dijangka akan memulakan pendaftaran pada bulan Julai dan diikuti dengan penilaian oleh juri-juri terpilih. Semua pihak yang berminat, terutamanya pelajar USIM dijemput untuk menyertai pertandingan ini dan menyumbangkan idea- idea kreatif mereka untuk memperkaya kewarisan seni muzik negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=