ABSTRACT COMPILATION - EduGC 2025
69 / 87 ABSTRACT: Pengenalan dan pernyataan masalah Dalam era pendidikan digital, kaedah pengajaran sejarah secara tradisional semakin kurang berkesan dalam menarik minat pelajar. Topik seperti Kerajaan Melayu Awal sering dianggap membosankan kerana penyampaiannya bersifat pasif dan kurang interaktif. Oleh itu, penggunaan Minecraft Education boleh menjadikan pembelajaran sejarah lebih interaktif, menarik dan sesuai dengan minat pelajar masa kini. Objektif Objektif utama projek ini ialah untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sejarah dan sosiobudaya Kerajaan Melayu, membangunkan kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah dan pemikiran kritis, serta memupuk minat terhadap warisan budaya tempatan melalui permainan digital. Sasaran pengguna Sasaran pengguna projek ini adalah pelajar sekolah menengah rendah serta guru- guru yang ingin menerapkan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan dalam bilik darjah. Ciri-ciri utama Antara ciri utama projek ini termasuk peta dunia maya bertemakan Kerajaan Melayu, misi pencarian buku purba, cabaran maze yang mengandungi zombie mobs , dialog NPC (Non-player Chracter) berunsur sejarah, serta elemen persuratan dan artifak sejarah dalam bentuk maya. Metodologi Metodologi pembangunan projek melibatkan penggunaan Minecraft Education Edition melalui pendekatan reka bentuk permainan berasaskan naratif dan misi. Kepentingan projek Kepentingan projek ini terletak pada potensinya untuk menjadikan pembelajaran sejarah lebih bermakna dan selari dengan gaya pembelajaran pelajar masa kini. Impak Projek Impak jangkaan projek ini ialah peningkatan tahap penguasaan pelajar terhadap kandungan sejarah dan peningkatan minat terhadap mata pelajaran tersebut. Aplikasi masa depan Projek ini juga berpotensi dikembangkan kepada topik sejarah lain serta diintegrasikan ke dalam kurikulum digital masa depan. Kata kunci : Minecraft Education , sejarah Melayu, gamification , kerajaan awal, pembelajaran interaktif, teknologi pendidikan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=