ABSTRACT COMPILATION - EduGC 2025

6 / 87 ABSTRACT: eGamifikasi ini dibangunkan bagi menangani cabaran yang sering dihadapi oleh pelajar universiti yang mengikuti kursus falsafah, iaitu kesukaran memahami ilmu logik. Hal ini berpunca daripada persepsi bahawa falsafah merupakan bidang yang sukar difahami dan bersifat fantasi. Bagi mengatasi isu ini, satu platform pembelajaran digital interaktif telah dibangunkan dalam bentuk permainan (eGamifikasi) pendidikan. Objektif pembelajaran utama eGamifikasi ini merangkumi: (1) memahami asas-asas logik dalam falsafah, termasuk penaakulan deduktif, induktif dan silogisme; (2) meningkatkan kemahiran mengenal pasti hujah yang sahih dan tidak sahih; dan (3) mengasah daya pemikiran kritis dan analitik melalui pengembaraan logik yang menyeronokkan. Ciri-ciri utama eGamifikasi ini ialah gabungan pelbagai elemen multimedia seperti video penerangan, nota ringkas, permainan berasaskan logik serta kuiz formatif. Semua elemen ini direka bentuk untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan mudah difahami oleh pelajar. eGamifikasi ini disasarkan kepada pelajar universiti yang mengambil kursus wajib “Falsafah dan Isu Semasa” di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Melalui integrasi kandungan pendidikan dengan pendekatan interaktif, platform ini bertujuan menjadikan pembelajaran logik lebih relevan, mudah dihayati dan berkait rapat dengan kehidupan serta pemikiran rasional dalam dunia semasa. Secara keseluruhan, projek ini mencerminkan pendekatan inovatif dalam pengajaran logik, dengan mengetengahkan falsafah bukan sekadar sebagai wacana teori, tetapi sebagai alat penting dalam pembentukan warga negara yang berfikiran kritis dan rasional serta penerapan budaya intelektual.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=