ABSTRACT COMPILATION - EduGC 2025

33 / 87 ABSTRACT: Patriot X-Run (Misi Larian Patriotik: Semarak Jati Diri Anak Malaysia) ialah aplikasi mudah alih 3D yang dibangunkan oleh penyelidik di Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan, Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi memupuk semangat patriotisme dan memperkukuh identiti nasional. Pembangunan aplikasi ini merupakan respons terhadap cabaran penurunan kesedaran kebangsaan, khususnya dalam kalangan generasi muda dan kanak-kanak yang lebih tertarik kepada platform digital berunsur interaktif. Selain itu, kesedaran kebangsaan dan minat terhadap sejarah negara semakin berkurangan, khususnya dalam kalangan generasi muda dan kanak-kanak. Faktor seperti pengaruh budaya global, tumpuan terhadap hiburan digital tanpa elemen pendidikan, serta kurangnya pendekatan kreatif dalam pendidikan sivik telah menjejaskan penghayatan nilai patriotik. Dalam era teknologi yang pantas, terdapat keperluan mendesak untuk membangunkan medium pembelajaran yang selari dengan gaya hidup digital masyarakat hari ini. Justeru, objektif utama aplikasi ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan pengguna tentang info negara, rukunegara, dan simbol negara melalui aktiviti larian maya yang menyeronokkan dan secara kendiri ( self learning ). Konsep gamifikasi diaplikasikan dengan menggabungkan aktiviti gamifikasi sambal belajar, kuiz interaktif, serta misi tematik yang merangkumi maklumat penting mengenai Malaysia dan sejarahnya. Ciri utama Patriot X-Run termasuk laluan larian maya bertema patriotik, kuiz di setiap checkpoint, papan kedudukan (leaderboard) untuk menggalakkan persaingan sihat, dan sistem ganjaran coint digital. Reka bentuk antaramuka mesra pengguna menjadikannya mudah diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat. Sasaran aplikasi ini adalah pelajar sekolah, mahasiswa, pendidik, dan komuniti umum yang ingin mendalami pengetahuan mengenai Malaysia secara santai. Selain menjadi medium pendidikan digital, Patriot X-Run turut berfungsi sebagai pemangkin semangat cintakan negara dan platform integrasi sosial. Secara keseluruhannya, Patriot X- Run menyatukan elemen kesihatan mental, menyokong pembelajaran interaktif, dan pembentukan jati diri nasional. Ia menjadi inisiatif inovatif UMT dalam menyemarakkan semangat kebangsaan seiring tuntutan teknologi masa kini.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=