ABSTRACT COMPILATION - EduGC 2025
14 / 87 ABSTRACT: Pemahaman yang mendalam terhadap ibadah Umrah dan Haji merangkumi pengetahuan berkenaan rukun, perkara wajib, larangan semasa ihram, serta kaedah pelaksanaannya. Penerapan ilmu ini secara berkesan dapat membantu individu melaksanakan ibadah dengan lebih yakin, tertib dan sempurna.Seiring dengan perkembangan pendekatan pendidikan interaktif, Aplikasi Global Umrah Haji Game (E-GUG) diperkenalkan sebagai satu inisiatif yang menggunakan medium permainan seperti dam dan kuiz untuk menyampaikan maklumat berkaitan Umrah dan Haji. Aplikasi Global Umrah Haji Games (E-GUG) dibangunkan dalam bentuk fizikal dan digital, yang sesuai dimainkan oleh pelbagai peringkat usia, termasuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Permainan ini berperanan sebagai alat bantu pembelajaran yang menyeronokkan dan mampu meningkatkan daya ingatan terhadap fakta-fakta penting berkaitan ibadah Umrah dan Haji. Pendekatan 'pembelajaran menyeronokkan' (fun learning) yang diterapkan melalui Aplikasi Global Umrah Haji Games (E-GUG) mampu menambah nilai dalam proses pemahaman agama, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Selain penyampaian maklumat dengan lebih santai dan mudah diakses, Aplikasi Global Umrah Haji Games (E-GUG) juga mampu menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan pemain, seterusnya memupuk budaya pembelajaran berasaskan komuniti. Secara keseluruhannya, Aplikasi Global Umrah Haji Games (E-GUG) merupakan satu usaha berinovatif dalam pendidikan ibadah Umrah dan Haji yang menggabungkan elemen hiburan, ilmu dan nilai spiritual dalam satu medium yang efektif.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=