MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF

Pengalaman pembelajaran imersif telah menjadi elemen penting dalam inovasi pendidikan negara. Salah satu amalan pembelajaran imersif yang dilaksanakan ialah menyediakan pembelajaran berasaskan khidmat ( service learning ) kepada golongan yang memerlukan sokongan dalam menempuh kemajuan arus perdana. Dalam buku ini, penulis berkongsi pengalaman menyuntik elemen pembelajaran imersif kepada pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mendaftar kursus AEN3183 Dakwah Elektronik dan Kempen. Para pelajar telah mengikuti pembelajaran berasaskan khidmat bersama komuniti pelajar peringkat menengah di Maahad Tahfiz al-Quran An-Najihah (MATAN), Nilai, Negeri Sembilan mengenai penghasilan kandungan kreatif yang beretika melalui platform media digital. Hasil pembelajaran ini telah meningkatkan skor pencapaian akademik pelajar, membina kemahiran pembelajaran sepanjang hayat serta membantu melahirkan graduan yang seimbang. Kolaborasi yang berkesan antara pensyarah, pelajar dan komuniti ini telah menghasilkan Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif - Dwiparagodi dalam Pembelajaran Berasaskan Khidmat untuk dikongsikan bersama warga pendidik. Buku ini berkonsepkan playbook bagi menawarkan maklumat yang mesra pembaca dan boleh diakses menggunakan peranti multimedia serta mudah alih. Isi kandungannya digarap melalui kombinasi teks dan grafik serta diselangi dengan video yang disusun dengan penuh ketelitian untuk menyampaikan ilmu dan pengalaman secara ringkas serta padat, namun tetap mengekalkan ciri-ciri intelektual. MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF DWIPARAGOGI DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN KHIDMAT PUSAT KECEMERLANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1999

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=