MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF

Penutup engalaman pembelajaran imersif bagi kursus AEN3183 Dakwah Elektronik dan Kempen telah berjaya dilaksanakan berdasarkan kekuatan-kekuatan yang telah dikenal pasti seperti berikut: P Ketiga-tiga objektif projek tercapai iaitu: i. Melengkapkan hasil pembelajaran kursus AEN3183 Dakwah Elektronik dan Kempen. ii. Memperkukuhkan kerjasama dan penglibatan pelajar-pelajar FKP, USIM dengan komuniti Maahad Tahfiz al-Quran An-Najihah melalui pertukaran ilmu dan kemahiran. iii. Memperkasa bakal graduan daripada kedua-dua institusi sebagai tenaga profesional yang seimbang melalui integrasi ilmu naqli dan aqli. Kerjasama antara pelajar USIM dan pelajar MATAN mencetuskan inovasi dalam aktiviti PdP bagi kursus AEN3183 Dakwah Elektronik dan Kempen melalui pendekatan dwiparagogi dan pentaksiran alternatif. Seramai 115 pelajar yang mendaftar kursus AEN3183 pada Semester II, 2021/2022 memberi komitmen penuh dan hadir ke Bengkel Strategi e- Dakwah yang diadakan di MATAN dengan menaiki tiga bas universiti yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM. Pelajar-pelajar USIM yang terdiri daripada pelajar tahun 1, 2 dan 3 dan daripada tiga program yang berbeza di FKP dapat menjalin persefahaman yang baik dalam menjayakan pembelajaran imersif walaupun hanya berkenalan dalam tempoh yang singkat. 73 Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif | 73

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=