MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF
Program Pengajian Akidah dan Agama, serta Program Kaunseling bergabung dalam kerja berkumpulan untuk menjayakan projek. Perkongsian ilmu dan kemahiran media digital dipimpin oleh pelajar-pelajar tahun 3 Komunikasi Media Baharu sebagai persediaan memberikan perkhidmatan kepada komuniti MATAN dalam menghasilkan produksi digital. Pendekatan ini berjaya memupuk kerjasama dan perkongsian ilmu sesama pelajar yang berbeza tahun pengajian dan program akademik. Ia juga menjadi medan mempersiapkan pelajar menjadi graduan yang berdaya saing dan kompeten semasa latihan industri dan bekerja nanti. Pada akhir semester, setiap pelajar telah menilai ahli kumpulan masing- masing melalui Borang Penilaian Keserakanan (Peer Evaluation Form) dalam Microsoft Form berdasarkan rubrik yang disediakan oleh pensyarah. Contoh borang penilaian keserakanan - Lampiran 8 Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 54 Ainurliza Mat Rahim 3) Inovasi dalam kaedah pembelajaran dan penilaian kursus - paragogi (peeragogy) dan penilaian keserakanan (peer evaluation) Kursus AEN3183 Dakwah Elektronik dan Kempen merupakan kursus pertama dalam Program Komunikasi Media Baharu yang menggunakan kaedah paragogi dalam strategi pembelajaran dan penilaian. Pelajar diperkenalkan dengan kaedah pembelajaran keserakanan (peeragogy) bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan khidmat kepada komuniti dan penilaian keserakanan (peer evaluation) untuk menilai komitmen dan sumbangan setiap ahli dalam kerja berkumpulan. Ini merupakan kaedah paragogi yang menjadi salah satu komponen penting dalam perlaksanaan Kurikulum Tersedia Masa Hadapan. Melalui Projek SULAM, pelajar-pelajar tahun 1, 2 dan 3 daripada tiga program yang berbeza iaitu Program Komunikasi Media Baharu, | Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 54
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=