MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF

Inisiatif pelaksanaan pengalaman pembelajaran imersif bagi kursus Dakwah Elektronik dan Kempen ini telah membuka peluang kepada penyelaras kursus untuk memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif dan kreatif melalui pendekatan paragogi dan pentaksiran alternatif. Dalam masa yang sama, ia juga mencabar keupayaan strategik dan intelektual seorang penyelaras dalam mengendalikan 115 orang pelajar daripada tiga program yang berbeza untuk merancang, membimbing dan melaksanakan aktiviti bersama komuniti luar. Program Komunikasi Media Baharu yang menawarkan kursus ini telah berjaya memperkenalkan aktiviti SULAM dalam kurikulumnya buat pertama kali sejak pengambilan kohot pertama pada tahun 2016. Pelajar sulung yang terlibat dalam projek SULAM ini adalah pelajar kohot keempat seramai 63 orang. Memandangkan kursus AEN3183 ini merupakan kursus elektif terapung bagi program-program lain di FKP, projek SULAM turut melibatkan pelajar-pelajar daripada Program Pengajian Akidah dan Agama serta Program Kaunseling kerana mereka mendaftar kursus AEN3183 di bawah penyelaras kursus yang sama. Dengan itu manfaat pengalaman pembelajaran imersif melalui projek SULAM ini dapat disebarluaskan kepada beberapa program lain di peringkat fakulti. Hasil kolaborasi antara pelajar, pensyarah dan komuniti serta kerjasama semua pihak yang terlibat, amalan pengalaman pembelajaran imersif kursus AEN3183 ini telah menyumbang kepada beberapa kejayaan termasuklah penarafan lima bintang bagi projek libatsama masyarakat USIM, menjadi finalis Anugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif bagi tahun 2022 (AKRI 2022) serta Pingat Perak dalam Edu@Innovate 2023, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 48 Ainurliza Mat Rahim Keterlibatan dan Impak ke atas Pensyarah, Program dan Fakulti | Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 48

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=