MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF

Kognitif – Komuniti memperoleh pengetahuan dan pemahaman mengenai konsep dakwah dalam media digital bersumberkan ilmu naqli dan aqli. Dari aspek kognitif, komuniti tahfiz telah didedahkan dengan etika media sosial berpandukan al-Quran, sejarah setiap platform media digital dan cara menyampaikan mesej melalui platform digital dengan berkesan. Afektif – Komuniti meningkatkan minat dan motivasi untuk menghasilkan produksi media digital. Dari aspek afektif, perubahan pengetahuan, sikap, dan kemahiran peserta yang terlibat dapat dikesan. Ia dapat meningkatkan kesedaran, minat dan aspirasi tentang kepentingan dakwah dalam media digital dalam menyampaikan ilmu-ilmu yang berguna kepada masyarakat. Psikomotor – Komuniti menghasilkan video dan poster digital. Dari aspek psikomotor, dengan hasil bimbingan pelajar USIM, komuniti tahfiz telah berjaya menghasilkan produksi kandungan kreatif iaitu video promosi MATAN dan poster digital mengenai tip menghafaz al-Quran dengan mudah untuk dimuat naik ke platform media sosial. Dalam pada itu, bagi memperkasa amalan inovasi dalam komuniti secara berterusan, peserta USIM telah menyediakan enam manual penggunaan platform media digital dalam format bercetak dan digital mewakili platform Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, TikTok, serta WhatsApp dan Telegram untuk diletakkan di Perpustakaan MATAN. Surat penyerahan manual kepada pihak MATAN - Lampiran 7 Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 46 Ainurliza Mat Rahim Keterlibatan dan Impak ke atas Kompetensi Digital Komuniti | Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 46

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=