MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF

Psikomotor – Pelajar menyediakan e- portfolio yang mengandungi elemen multimedia mengikut garis panduan dan tempoh yang telah ditetapkan. Dari sudut amali, pelajar berhasil menyediakan e-portfolio mengikut kumpulan. Melalui kaedah pentaksiran autentik, e-portfolio yang disediakan oleh pelajar telah menggabungkan elemen wadah (showcase) dan elemen gerak kerja yang merangkumi tiga fasa, iaitu sebelum, semasa dan selepas projek. Kesemua enam kumpulan berjaya menyediakan e-portfolio yang mengandungi profil setiap ahli kumpulan, minit mesyuarat, manual penggunaan platform media digital, gerak kerja berkumpulan, gambar- gambar aktiviti kumpulan, hasil produksi digital oleh komuniti dan video refleksi pengalaman pembelajaran imersif. Penghasilan e-portfolio membuktikan keupayaan pelajar dalam mengurus maklumat digital secara profesional yang boleh diaplikasi dalam dunia pekerjaan sebenar, sekaligus membentuk kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Hasilnya, keputusan akhir yang dicapai oleh pelajar telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Jumlah pelajar yang mendapat gred A bagi kursus Dakwah Elektronik dan Kempen pada Semester II, Sesi Akademik 2021/2022 telah bertambah sebanyak 45.26% berbanding keputusan pada semester sebelumnya. Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 44 Ainurliza Mat Rahim 45.26 GRED A Semester II, Sesi Akademik 2021/2022 KURSUS AEN3183 DAKWAH ELEKTRONIK DAN KEMPEN | Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 44

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=