MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF

Impak Pengalaman Pembelajaran Imersif | 43 Kognitif – Pelajar memperoleh pengetahuan dan pemahaman mengenai konsep dakwah dalam media digital bersumberkan ilmu naqli dan aqli. Dari sudut kognitif, penglibatan pelajar USIM dalam aktiviti pembelajaran imersif bersama komuniti tahfiz telah mendorong keupayaan pelajar menghayati ilmu naqli yang berkaitan dengan konsep dakwah dalam platform media digital. Hasil kolaborasi dengan komuniti tahfiz, pelajar telah mendapat tip menghafaz ayat-ayat al- Quran dengan mudah dan lancar. Melalui kaedah pentaksiran profil, pelajar berupaya menghafaz ayat-ayat terpilih daripada Surah al-Hujurat yang berkaitan dengan etika media sosial, menerangkan maksud ayat, mengaitkan dengan pengalaman sebenar dan menyampaikan refleksi ayat yang dibaca ke atas diri dan komuniti. Afektif – Pelajar menyuburkan sikap positif dalam kerja berpasukan, serta berkongsi ilmu dan kemahiran dengan komuniti. Dari sudut afektif, pelajar melalui pengalaman imersif bersama rakan sebaya dan melaksanakan penilaian keserakanan dalam pelaksanaan kerja berkumpulan ketika menyantuni komuniti tahfiz. Melalui kaedah ini, pelajar dapat meningkatkan kompetensi dan kemahiran interpersonal yang diperlukan dalam kerja berpasukan seperti semangat bekerjasama, mematuhi arahan ketua, menepati waktu, menyumbang idea dan melakukan kerja sebaik mungkin untuk kumpulan. Hasil daripada pendekatan paragogi, pelajar telah menunjukkan komitmen yang memberangsangkan dan mempamerkan sikap positif. Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 43 Ainurliza Mat Rahim Keterlibatan dan Impak ke atas Pembelajaran Pelajar

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=