MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Khidmat | 31 Bagi peserta USIM, mereka diarahkan untuk menubuhkan kumpulan masing- masing yang terdiri daripada sekurang- kurangnya sembilan ahli. Setelah kumpulan terbentuk, wakil setiap kumpulan membuat cabutan undian bagi mewakili platform media digital yang dipertanggungjawabkan untuk membimbing komuniti pilihan. Sebelum bengkel diadakan, penyelaras kursus telah memberikan taklimat kepada semua pelajar mengenai projek yang dijalankan. Rentetan daripada taklimat yang diberikan, setiap kumpulan telah mengadakan mesyuarat, membuat pembahagian tugas, merancang gerak kerja sebelum, semasa dan selepas program bagi memastikan persiapan rapi dan memantapkan persediaan untuk memberi bimbingan yang terbaik kepada komuniti MATAN. Pada 25 Mei 2022, setiap kumpulan telah mengadakan latihan pembentangan platform media digital di Bilik Tayangan FKP bagi mendapatkan komen dan cadangan penambahbaikan daripada penyelaras kursus untuk memastikan kelancaran bengkel. Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 31 Ainurliza Mat Rahim Manakala bagi pembahagian kumpulan MATAN, peserta terdiri daripada gabungan pelajar Tingkatan 1 hingga 5 dan ia telah disusun oleh pihak pengurusan MATAN.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=