MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF

Dwiparagogi dalam Pembelajaran Berasaskan Khidmat Bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan khidmat kepada komuniti, pelajar diperkenalkan dengan kaedah pembelajaran dan penilaian keserakanan atau paragogi (peeragogy) . Ini merupakan kaedah yang menjadi satu komponen penting dalam perlaksanaan Kurikulum Tersedia Masa Hadapan. Bagi mencapai ketiga-tiga HPK, pendekatan paragogi dilaksanakan dalam dua peringkat yang dikenali sebagai dwiparagogi. Dwiparagogi bermaksud kaedah paragogi yang dilaksanakan dalam dua peringkat. Paragogi 1 : Pembelajaran keserakanan di dalam kampus. Ia melibatkan interaksi pelajar USIM daripada Program Komunikasi Media Baharu, Program Pengajian Akidah dan Agama, serta Program Kaunseling. Pelajar-pelajar tahun 3 Komunikasi Media Baharu bertindak sebagai ketua dan membimbing rakan-rakan daripada Program Pengajian Akidah dan Agama serta Program Kaunseling mengenai kemahiran media digital sebagai persediaan memberikan perkhidmatan kepada komuniti MATAN dalam menghasilkan produksi digital. Pendekatan ini berjaya memupuk kerjasama dan perkongsian ilmu sesama pelajar yang berbeza tahun pengajian dan program akademik. Pada akhir semester, semua pelajar melakukan penilaian ke atas ahli kumpulan masing-masing berdasarkan rubrik yang disediakan oleh pensyarah yang menyumbang 20% daripada markah kerja kursus. Penilaian dibuat berdasarkan sumbangan setiap ahli kumpulan sebelum, semasa dan selepas bengkel dijalankan. Pendekatan ini meningkatkan motivasi untuk melakukan segala tugas dengan cemerlang kerana komitmen pelajar dinilai sendiri oleh rakan-rakan dalam kumpulan. Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 24 Ainurliza Mat Rahim | Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 24

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=