MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF
Rasional Melaksanakan Pengalaman Pembelajaran Imersif Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 19 Ainurliza Mat Rahim Apakah pembelajaran yang ingin ditangani? Untuk menghasilkan graduan yang berdaya saing dalam dunia pekerjaan dan adaptif terhadap keperluan masa hadapan, transformasi dalam penyampaian pembelajaran dan pengajaran perlu dilaksanakan melalui pengalaman pembelajaran bermakna yang dapat membina nilai dan sikap yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia sebenar. Dalam konteks amalan media digital yang sentiasa terdedah dengan cabaran semasa, bakal graduan perlu dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran yang selengkapnya agar menjadi tenaga profesional yang seimbang antara ilmu naqli dan aqli atau ilmu dunia dan akhirat. Bagi mencapai keseimbangan ini, pembelajaran imersif melalui pengalaman dipercayai dapat menyumbang ke arah pemerkasaan generasi digital dengan melibatkan pelajar dengan konsep pembelajaran berasaskan khidmat. Kursus AEN3183 Dakwah Elektronik dan Kempen | 19
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=