MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF
Bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman pembelajaran imersif dan memenuhi objektif SULAM, kursus ini telah menggabungkan kerjasama pelajar- pelajar di FKP, USIM dengan penuntut-penuntut di Maahad Tahfiz al-Quran An-Najihah (MATAN), Nilai, Negeri Sembilan dalam persediaan menjadi tenaga profesional yang mampu mengaplikasi strategi komunikasi berkesan dalam penyampaian maklumat melalui medium digital. Surat Niat Kolaborasi - Lampiran 1 Pemilihan MATAN sebagai komuniti pilihan adalah bagi menyokong tiga falsafah pendidikan negara iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Tahfiz. Ketiga- tiga falsafah pendidikan ini telah menggariskan strategi utama ke arah memperkembangkan potensi pelajar yang seimbang, bersepadu dan harmonis antara emosi, intelek, rohani dan jasmani. Melalui Teras Tiga Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, kurikulum tahfiz perlu mengintegrasikan kandungan silibusnya dengan teras kurikulum arus perdana, kemahiran teknikal dan keperluan industri semasa (JAKIM, 2021). Berdasarkan faktor ini, kursus Dakwah Elektronik dan Kempen memilih untuk menjalani pengalaman pembelajaran imersif bersama komuniti tahfiz dengan tema "Strategi e-Dakwah: Memperkasa Generasi Digital dengan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli.” Selari dengan kriteria SULAM, projek kolaborasi ini melibatkan pertukaran ilmu dan kemahiran antara dua institusi. Yang pertama, strategi, teknik dan etika dalam menghasilkan produksi digital yang dikongsikan oleh pelajar-pelajar USIM. Yang kedua, tip menghafaz ayat-ayat al-Quran berkaitan media dikongsikan oleh pelajar-pelajar MATAN. Kolaborasi ini telah berjaya merealisasikan misi universiti sebagai University for Society dan dapat melahirkan generasi digital yang dilengkapi dengan ilmu naqli dan aqli. Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 18 Ainurliza Mat Rahim | Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 18
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=