MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF

Apakah itu SULAM? Menurut SULAM Playbook (2019) yang diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, SULAM merupakan pedagogi libatsama masyarakat yang mengetengahkan pendekatan pembelajaran berbentuk perkhidmatan kepada komuniti di sekitar universiti. Perkhidmatan yang dilakukan adalah bertunjangkan kepada kursus pengajian berkredit yang ditawarkan oleh setiap program pengajian bagi memenuhi hasil pembelajaran kursus. Pembelajaran berasaskan khidmat adalah salah satu daripada strategi pengalaman pembelajaran imersif yang dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada pelajar universiti dan komuniti yang terlibat. Pendekatan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kandungan kursus, meluaskan ruang lingkup bidang pengajian, mengukuhkan nilai-nilai murni serta menerapkan tanggungjawab sosial dalam diri setiap pelajar. Secara keseluruhannya, pedagogi SULAM mengangkat pendidikan yang bercirikan kemanusiaan dan nilai-nilai sejagat sebagai kunci utama untuk memperkasa sistem pendidikan negara. Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 14 Ainurliza Mat Rahim Mengapa SULAM itu penting? | Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif 14

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=