MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF
Pengenalan Pengalaman Pembelajaran Imersif engikut takrifan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pengalaman pembelajaran imersif ditakrifkan sebagai M “Suasana pembelajaran bermakna yang mana pelajar terlibat secara aktif dan menghayati kandungan yang dipelajari sama ada dalam konteks simulasi ataupun keadaan sebenar.” Berbanding pendekatan konvensional dalam bilik kuliah dan penilaian berasaskan betul atau salah, pengalaman pembelajaran imersif menyediakan ruang pengajaran dan pembelajaran melalui pengalaman realistik dalam persekitaran sebenar bagi meningkatkan kefahaman dan memindahkan aplikasi ilmu serta kemahiran kepada pelajar. Pengalaman pembelajaran imersif boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu: Buku ini menumpukan kepada model pengalaman pembelajaran imersif bersemuka yang mengetengahkan pembelajaran berasaskan khidmat atau service learning . 12 Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif Ainurliza Mat Rahim Pengalaman pembelajaran imersif maya Contoh: Virtual Reality, Augmented Reality, Virtual Simulation, MOOCs, Learning Management System, dan Micro-Credential. Pengalaman pembelajaran imersif teradun Contoh: Blended Learning, Flipped Classroom, Hybrid Classroom, dan Hyflex Classroom. Pengalaman pembelajaran imersif bersemuka Contoh: Service-based Learning, Community-based Learning, Challenge-based Learning, Work-based Learning, Problem-based Learning, dan Inquiry-Based Learning.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=