MODEL INOVATIF PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF

Prakata utakhir ini, pengalaman pembelajaran imersif telah menjadi elemen terpenting dalam inovasi seimbang dan holistik untuk mendepani cabaran semasa di era digital. Alhamdulillah, kolaborasi antara pensyarah, pelajar, dan komuniti yang berkesan ini telah menghasilkan Model Inovatif Pengalaman Pembelajaran Imersif yang dinamakan sebagai Dwiparagogi dalam Pembelajaran Berasaskan Khidmat untuk dikongsikan dengan warga pendidik. Buku elektronik ini berkonsepkan playbook bagi menawarkan maklumat yang mesra pembaca dan boleh diakses menggunakan peranti multimedia dan mudah alih. Isi kandungannya telah digarap melalui kombinasi teks dan grafik serta diselangi dengan video yang telah disusun dengan penuh ketelitian untuk menyampaikan ilmu dan pengalaman secara ringkas dan padat namun masih mengekalkan ciri- ciri intelektual. Semoga ia dapat menjadi rujukan serta panduan kepada para pendidik di institut pengajian tinggi ke arah membentuk dan melahirkan graduan yang seimbang ilmu naqli dan aqli, Insya-Allah. IX M pendidikan negara. Antara amalan pembelajaran imersif yang boleh dilaksanakan adalah menyediakan pembelajaran berasaskan khidmat (service learning) kepada golongan yang memerlukan sokongan dalam menempuh kemajuan arus perdana. Dalam buku ini, saya berkongsi pengalaman dalam menyuntik elemen pembelajaran imersif kepada pelajar- pelajar di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mendaftar kursus AEN3183 Dakwah Elektronik dan Kempen. Para pelajar telah menjalani pembelajaran berasaskan khidmat bersama komuniti pelajar peringkat menengah di Maahad Tahfiz al-Quran An-Najihah (MATAN), Nilai, Negeri Sembilan mengenai penghasilan kandungan kreatif yang beretika dalam platform media digital. Hasil pembelajaran ini telah meningkatkan skor pencapaian akademik pelajar, membina kemahiran pembelajaran sepanjang hayat serta membentuk bakal graduan yang Dr. Ainurliza Mat Rahim 7 Mac 2025/6 Ramadan 1446

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=