Syarat Kemasukan Sarjana Muda 2024
Matrikulasi/Asasi – Sains 1. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 pada peringkat Matrikulasi / Asasi . 2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam TIGA (3) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi : • Biology • Chemistry • Physics / Mathematics 3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam ENAM (6) mata pelajaran di peringkat SPM : • Biologi • Kimia • Fizik • Bahasa Inggeris • Matematik / Matematik Tambahan • Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Al-quran Dan Al-sunnah / Hifz Al Quran / Maharat Al Quran / Usul Al-din / Al-syariah / Turath Dirasat Islamiah / Turath Al-quran Dan Al-sunnah / Manahij Al-’ulum Al-islamiah 4. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM : • Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (komunikasi) / Al-lughah Al-arabiah Al-mu’asirah / Turath Bahasa Arab / Al-adab Wa Al-balaghah 5. Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan . 6. Lulus ujian dan / atau temu duga yang ditetapkan Universiti Awam. 7. TIDAK mempunyai kurang upaya fizikal / anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali. Catatan : Semua pemohon hendaklah mengisytiharkan jika mereka telah didapati: • bersalah dalam kesalahan jenayah; • mempunyai penyakit fizikal atau penyakit jiwa yang serius; dan/atau • penyakit berjangkit yang serius yang mungkin memberi impak terhadap amalan pergigian mereka akan datang. Seseorang yang mempunyai salah satu daripada yang berikut tidak layak mengikuti program pergigian: • didapati bersalah dalam kesalahan melibatkan tubuh manusia. • tidak amanah sama ada serius atau baharu, contohnya menipu semasa peperiksaan, pemalsuan dokumen, plagiarisme; • penyakit fizikal atau mental yang serius; • penyakit berjangkit yang serius. Kegagalan mengisytiharkan maklumat yang mempunyai pengaruh terhadap kesesuaian pelajar dalam amalan pergigian mungkin menyebabkan pemberhentian meneruskan pengajian oleh sebab kejujuran, integriti dan kesihatan yang baik adalah ciri yang penting bagi seorang doktor dan pelajar pergigian. FAKULTI PERGIGIAN 17
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=