Syarat Kemasukan Sarjana Muda 2024
SYARAT AM KEMASUKAN BAGI LEPASAN DIPLOMA/SETARAF Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira ; DAN Mempunyai kelulusan Diploma IPTA/ILKA/IPTS atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA); atau Lulus Peperiksaan STPM tahun 2022 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am ; atau Matrikulasi/Asasi tahun 2022 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ; atau STAM tahun 2021 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; atau Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level / International Baccalaureate Diploma / Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA DAN Mendapat sekurang-kurangnya BAND 1.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 tahun 2021 atau BAND 1 untuk keputusan Tahun 2020 dalam Malaysian Universiti English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan. SYARAT KEMASUKAN SARJANA MUDA 13
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=