PROGRAM SARJANA MUDA USIM 2026/2027

UNIVERSITI SAINS ISLAMMALAYSIA U niversiti Sains IslamMalaysia (USIM) merupakan sebuah universiti Islam awam universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Matlamat USIM adalah menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan sebagai pusat rujukan global untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli. USIM menggunakan pendekatan seimbang dalampendidikan, iaitu menerapkan elemen-elemen yang memenuhi keperluan fizikal dan rohani, bukan sahaja pengukuhan dalam program akademik yang ditawarkan, malah dalamamalan pentadbiran dan pengurusan juga. Pendekatan yang ditampilkan oleh USIM, merangkumi pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu, yangmenyatukan sains revolation (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu Aqli). Berdasarkan itu, USIMmenawarkan model yang unik untuk pengajian tinggi Islam, yang menekankan daripada universiti-universiti Islam yang lain di seluruh dunia. Integrasi ilmu agama bersama sains sosial dan fizikal dalam semua program USIM, telah menyediakan pemahaman yang komprehensif serta menawarkan pendekatan dan penyelesaian baharu dalam masalah global semasa. Model pendidikan di USIM adalah berlandaskan kepada beberapa prinsip asas yang mengintegrasikan Sains Islam dengan Sains Sosial dan Fizikal yang memberikan pemahaman secara menyeluruh mengenai cabaran global semasa, malah menawarkan kaedah baharu dalam mendekati dan menyelesaikannya. Nilai-nilai universal terdapat dalam nilai- nilai Islam dan sejarah juga telah membuktikan bahawa nilai-nilai ini boleh dikongsi oleh manusia sejagat, hidup bersama secara harmoni dengan saling menghormati dan bersikap toleransi sesama manusia. Ini juga merupakan usaha ke arah mengembalikan semula nilai-nilai ilmu saintifik dan teknologi oleh sarjana Muslim dahulu dan terus memacu ke hadapan. Nilai-nilai ini telah diterapkan kepada para graduan USIM sehingga mereka menjadi profesional dan pakar rujuk dalam bidang masing-masing. Mereka juga turut bersedia menyumbang danmembuat perubahan kepada masyarakat sejagat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=