Syarat Kemasukan Program Sarjana Muda 2026/2027

MATRIKULASI / ASASI: SAINS 1. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 pada peringkat Matrikulasi / Asasi . 2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam TIGA (3) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi : • Biology • Chemistry • Physics / Mathematics 3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam ENAM (6) mata pelajaran di peringkat SPM : • Biologi • Kimia • Fizik • Bahasa Inggeris • Matematik / Matematik Tambahan • Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Al-quran Dan Al- sunnah / Hifz Al Quran / MaharatAl Quran / Usul Al-din / Al-syariah / Turath Dirasat Islamiah / Turath Al-quran Dan Al-sunnah / Manahij Al- ‘ulumAl-islamiah 4. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM : • Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (komunikasi) / Al-lughah Al-arabiah Al-mu’asirah / Turath Bahasa Arab / Al-adab Wa Al-balaghah 5. Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 mengikut tempoh sah lakunya ialah 5 tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan. • Lulus ujian dan / atau temu duga yang ditetapkan. Catatan: Semua pemohon hendaklah mengisytiharkan jika mereka telah didapati: • bersalah dalam kesalahan jenayah; • mempunyai penyakit fizikal atau penyakit jiwa yang serius; dan/atau • penyakit berjangkit yang serius yangmungkinmemberi impak terhadap amalan pergigianmereka akan datang. Seseorang yang mempunyai salah satu daripada yang berikut tidak layak mengikuti program pergigian: • didapati bersalah dalam kesalahan melibatkan tubuh manusia; • tidak amanah sama ada serius atau baharu, contohnya menipu semasa peperiksaan, pemalsuan dokumen, plagiarisme; • penyakit fizikal atau mental yang serius; • penyakit berjangkit yang serius. Kegagalan mengisytiharkan maklumat yang mempunyai pengaruh terhadap kesesuaian pelajar dalam amalan pergigian mungkin menyebabkan pemberhentian meneruskan pengajian oleh sebab kejujuran, integriti dan kesihatan yang baik adalah ciri yang penting bagi seorang doktor dan pelajar pergigian. 1. UQ6724001 IJAZAH SARJANA MUDA PEMBEDAHAN PERGIGIAN # FAKULTI PERGIGIAN 15

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=