Syarat Kemasukan Program Sarjana Muda 2026/2027

SYARAT AM KEMASUKAN BAGI LEPASAN DIPLOMA/SETARAF Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; DAN Mempunyai kelulusan Diploma IPTA/ILKA/IPTS atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA); atau Lulus Peperiksaan STPM tahun 2024 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am ; atau Matrikulasi/Asasi tahun 2024 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ; atau STAM tahun 2023 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; atau Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level / International Baccalaureate Diploma / Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA DAN Mendapat sekurang-kurangnya Band 1.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 mengikut tempoh sah lakunya ialah 5 tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan. SYARAT KEMASUKAN SARJANA MUDA 11

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=