e-Risalah USIM - Edisi 34

8 RISALAH USIM EDISI 34, 2019 USIM Berjanji Pada Ibunda Himpunan Uc a p a n oleh sebahagian pelajar yang bergraduasi di Majlis Konvokesyen ke-19 USIM sebagai cetusan inspirasi S aya sentiasa berpegang pada kata-kata pensyarah saya “Selama mana berada di dunia, proses pembelajaran tidak akan habis walaupun kita telah bergraduasi. Carilah ilmu walau di mana kita berada”. Ribuan terima kasih ucapkan kepada bapa saya Abd Razak Mohktar dan Ibu Jaliah Jais atas segala pengorbanan sehingga saya bergraduasi di USIM pada hari ini. Tidak dilupakan kepada para pensyarah yang telah mendidik supaya saya berjaya. MOHAMAD HAIKAL ARIFF ABD RAZAK SM Tekonologi Kimia Industri S ejujurnya, belajar dalam bidang ini bukanlah perkara yang mudah bagi saya yang yang tiada asas dalam bidang multimedia, tetapi atas dorongan, pimpinan, semangat dan doa dari keluarga, rakan rakan dan pensyarah, sampai juga ke penghujungnya, Alhamdulillah. Terima kasih kepada rakan-rakan tutor dan sekuliah, juga sahabat study group yang tidak lokek berkongsi ilmu, dan banyak membantu meluangkan masa belajar bersama-sama mahupun masing-masing mempunyai cabaran tersendiri lebih-lebih lagi ketika ODL. Terima kasih juga kepada asatizah dan murobbi yang bertungkus lumus, dan sabar dalam mengajar kami para pelajar, tambahan pula, belajar secara dalam talian sangat sukar bagi mereka mengatur jadual dan bahagi masa untuk pelajar dan keluarga. Moga dihalalkan segala ilmu dan saya mengharapkan doa dari kalian untuk kejayaan di masa depan kami. Juga terima kasih yang tidak terhingga buat mak dan arwah baba saya kerana berjaya mendidik anakmu sampai ke tahap ini, yang hakikatnya mak baba bukanlah lepasan diploma ijazah dan sebagainya, tapi kalian tersangatlah hebat. Tidak dilupakan juga buat adik beradik, terima kasih atas segala nasihat, sokongan, dan semangat yang diberikan sepanjang perjalanan jauh saya menuntut ilmu. Akhir kata, beribu kemaafan dipinta dan beribu terima kasih untuk semua pihak yang terlibat. Walaupun apa-apa jalan yang kita pilih, dan dimana kita berada, jadilah orang yang bermanfaat kepada orang lain. Tiada daya kekuatan bagiku melainkan semuanya daripada Allah. Terima kasih Allah. Terima kasih USIM. NOR SAKINAH BT TAJUDIN Pengajian Quran dengan Multimedia, FPQS 6 21 J azakamullah khairl jaza’ kepada bonda dan ayahanda tercinta atas pengorbanan buat anakanda yang tidak terbalas jasanya, kepada para murabbi USIM atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Terima kasih! Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua graduan yang bergraduasi. Selamat menempuh alam baharu yang lebih mencabar di luar sana. Terima kasih USIM atas kenangan yang indah dan luar biasa sepanjang 4 tahun bergelar mahasiswi. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang ditimba dapat dimanfaatkan sebaiknya. I love USIM NURUL AIN AISYAH BINTI SHA’ARI FPBU, SM Bahasa Arab Dan Komunikasi

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=