e-Risalah USIM - Edisi 34
7 RISALAH USIM EDISI 36, 2021 U SIM bakal mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-19 secara fizikal mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) ketat yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan bermula mulai 23 November sehingga 30 November 2021 melibatkan seramai 2,560 orang graduan terdiri daripada 2,186 graduan bagi program di peringkat sarjana muda dan 374 orang graduan di peringkat pascasiswazah. Berikutan penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia yang menjadi satu krisis global dengan sektor ekonomi antara yang paling terkesan dan memberi kesan rantaian negatif yang besar, maka “Pandemik COVID-19 Pemangkin Prosumer Muslim Yang Berdisiplin” diangkat sebagai tema majlis konvokesyen kali ini bagi mengiktiraf usaha dan pengorbanan seluruh rakyat Malaysia ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN MUAMALAT DATO’ DR. ABDUL HALIM ISMAIL Nadhirah Humaira’ Binti Ahmad Zamri Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian ANUGERAH KHAS PROFESOR EMERITUS TAN SRI DATO’ DR. ABDUL SHUKOR HJ. HUSIN Majdi Bin Mohamad Fouzi Sarjana Muda Pengajian Akidah Dan Agama Dengan Kepujian ANUGERAH KHAS THE 3M COMPANY Nuraishah Balkish Binti Mazlan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian Aimi Fathonah Binti Muhammad Sufian Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian Husna Najihah Norazmi Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian ANUGERAH KHAS SAINS DAN TEKNOLOGI PROGRAM SARJANA MUDA SAINS DAN KEPUJIAN (MATEMATIK KEWANGAN) Nurul Nadia Binti Ngah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik Kewangan) ANUGERAH KHAS SAINS DAN TEKNOLOGI PROGRAM SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (SAINS AKTUARI DAN PENGURUSAN RISIKO) Siti Nurin Salwa Binti Tarmizi Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Sains Aktuari Dan Pengurusan Risiko) ANUGERAH KHAS PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH Aisyah Binti Abdul Wahab Sarjana Muda Pengajian Quran Dan Sunnahdengan Kepujian ANUGERAH KHAS DAYA CEMERLANG USIM Nur Amirah Binti Yahaya Sarjana Muda Sains Komputer Dengan Kepujian (Keselamatan Dan Jaminan Maklumat) Tengku Anis Ayuni Binti T. Zainuddin Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik Kewangan) Hayati Hazwani Binti Mamat @ Abd Ghaffar Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik Kewangan) ANUGERAH KHAS LEMBAGA AMANAH KOLEJ ISLAM MALAYA (LAKIM) Nurul Farhana Binti Mohd Azmi Sarjana Muda Fiqh Dan Fatwa Dengan Kepujian Noor Balqis Amani Binti Muhammad Yusuf Lee Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN ALUMNI Muhammad Danial Akmal Bin Hamdan Sarjana Muda Da`Wah Dan Pengurusan Islam Dengan Kepujian ANUGERAH KHAS KEUSAHAWANAN UNIVERSITI Muhammad Amirul Aiman Bin Ahmad Zaihan Sarjana Muda Undang-Undang Dan Syariah Dengan Kepujian terutamanya dalam mencipta peluang baharu dalam menjana sumber pendapatan dengan lebih kreatif, berinovasi serta memanfaatkan teknologi terkini agar lebih mandiri. Majlis konvokesyen ini akan dilaksanakan selama lapan hari melibatkan lapan sidang dengan Majlis Perisytiharan Pembukaan Konvokesyen disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tuanku Canselor USIM. Pada majlis konvokesyen kali ini graduan sulung merupakan graduan dari program Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat bagi Mod Penyelidikan Gunaan (Applied Research) Industri dan Program Sarjana Bahasa Arab (Kesusasteraan Islam). Sementara itu, bagi memeriahkanmajlis, pesta konvokesyen yang saban tahun diadakan, kali ini diadakan secara dalam talian bermula dari 6 hingga 30 November 2021. Antara pengisian menarik sepanjang pesta konvokesyen ini adalah program pertandingan pidato, Kepuk- kepuk United States Dollar (USD), Nino! Nino! Psycho Aid, Noctural Run 6.0, Write it Right!, Pusingan Akhir Daie Fest dan pelbagai program yang telah diaturkan. USIM rai 2560 graduan pada Majlis Konvokesyen Ke-19
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=