e-Risalah USIM - Edisi 34

5 M enghadapi proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, ketika dunia dilanda pandemik COVID-19, sejujurnya ia bukanlah suatu yang mudah untuk diadaptasikan. Lebih- lebih lagi saya perlu menguasai pembelajaran Bahasa Arab dan juga Bahasa Inggeris dalam masa yang sama. Ibu dan Ayah banyak memberi sokongan dan semangat dan memahami waktu dan jadual belajar di rumah. Lebih-lebih lagi belajar di rumah banyak cabaran dari segi suasana pembelajaran, tanggungjawab sebagai anak untuk membantu Ibu dan Ayah dan sebagainya. Pesanan saya kepada adik-adik di luar sana, jangan pernah rasa menyesal untuk belajar Bahasa Arab, kerana bahasa ini merupakan bahasa Al-Quran. Bayangkan betapa indahnya jika kita dapat menghayati bacaan Al-Quran, bacaan dalam solat dan juga doa dengan menguasai Bahasa Arab ini. Percaya dengan diri sendiri, kerana bukan semua orang berkebolehan untuk bercakap dalam berbahasa arab. Ayat ini saya sentiasa pegang sehingga tamat pengajian saya, “Bercita-citalah setinggi langit, sekalipun jatuh, jatuh ke awan, masih lagi tinggi” Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) Suwaibah Mustapha Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi Dengan Kepujian Fakulti Pengajian Bahasa Utama A ntara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah apabila pulang agak lewat ke kolej kediaman daripada latihan debat. Semua rakan- rakan sebilik begitu santai menghabis masa setelah selesai tugasan, tetapi saya dalam keadaan penat dan baru ingin mula menyiapkan tugasan kuliah. Penat, sedih, tertekan dan pelbagai perasaan lain bermain di fikiran. Tetapi apabila mengingat semula kata-kata semangat daripada Jurulatih debat yang selalu ditekankan kepada saya, itu menjadi pemangkin kepada saya untuk terus buat yang terbaik. Antara kata-kata beliau, “Bila mana sesuatu perkara itu susah, itu bererti kita sedang dalam proses untuk belajar sesuatu. Justeru, bila rasa penat, jangan pernah berhenti dan mengalah, rehat dan teruskan sampai kita berjaya mencapai apa yang diimpikan. Percayalah, semua yang penat akan menjadi manis akhirnya”. Apa yang saya pegang adalah, redha Allah adalah pada redha ibu dan bapa. Gembirakanlah ibu dan bapa, belajarlah dengan tekun dan gembirakan mereka dengan keputusan yang cemerlang. In Shaa Allah sekiranya ibu bapa redha, kita akan mendapat keredhaan Allah jua akhirnya. Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) Muhammad SyamimMd Morshid Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko) Fakulti Sains dan Teknologi A lhamdulillah, terima kasih Allah kerana telah meminjamkan ilmu- Nya kepada saya untuk mengenali Nya dan menyaksikan kebesaranNya dan pinjamkan anugerah ini kepada saya. Dari kecil Arwah Ayah sering ingatkan saya dengan kata-kata, Allah itu lagi dekat dengan urat nadi (kehidupan) kita, Di mana kamu menghadap, di situlah Wajah Allah. Justeru, sentiasalah mengingati Allah dalam urusan dunia mahupun akhirat”. Mak saya sentiasa ‘membaja’ prinsip Ayah kepada saya dan saya bersyukur dengan mereka saya dapat mengenali Allah. Yang paling penting, anugerah ini bukanlah penghujung segalanya, kerana ada lagi satu anugerah yg perlu diburu oleh kita semua sebagai hamba, iaitu Anugerah Kedekatan di sisiNya.Motto yg sentiasa saya berpegang adalah “Kita adalah Delegasi-delegasi yang bertanggungjawab mempamerkan sifat-sifat kesempurnaan Allah iaitu sifat kasih sayang Nya, kebijaksaanaaNya, sifat kecantikkanNya, KeadilanNya, dan pelbagai lagi. Maka keluarkan dunia dari hatimu, letakkanlah ia ditangan mu, gunakan ia sebaik baiknya. Di mana kamu menghadap, disitulah wajah Allah - Al Baqarah ayat 115. Anugerah Canselor (Pra siswazah) Nur Alia Farisha Jemangin Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah dengan Kepujian Fakulti Syariah dan Undang-Undang P engajian dalam mod penyelidikan di peringkat Sarjana seterusnya ke peringkat Doktor Falsafah ini merupakan suatu tempoh jatuh bangun yang akan menjadi kenangan manis buat diri saya. Dimulakan dengan doa dan niat lillahitaalla, dilaksanakan dengan penuh usaha dan iltizam, dan diakhiri dengan tawakal kepada-Nya. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Di sepanjang tempoh yang panjang ini kita berhadapan dengan pelbagai ujian, tekanan dan fasa ketidaktentuan. Semuanya adalah untuk menjadikan kita lebih matang, tabah dan kuat. Walaupun jatuh berkali-kali, bangkit, bangkit dan terus bangkit sehingga ke garisan penamat. Pelangi hanya akan dapat dinikmati selepas gerimis. Anugerah Canselor (Siswazah) Muslimah Ithnin Program Doktor Falsafah Sains dan Teknologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan S aya aktif menyertai pelbagai pertandingan serta cekal dalam menghadapi cabaran dan ujian sepanjang pengajian di peringkat Sarjana Muda. Saya mengadaptasikan pembelajaran secara norma baharu melalui platform WhatsApp, Telegram dan Teams untuk berhubung secara dalam talian bersama rakan-rakan sekuliah untuk perbincangan tugasan dan ulangkaji berkumpulan. Ini sangat membantu dalam memberi motivasi dan semangat untuk saya menghabiskan pengajian saya. Anugerah Lembaga Pengarah Universiti Nur Amirah Yahaya Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) Fakulti Sains dan Teknologi S aya lihat cabaran menjalani pembelajaran secara Open And Distance Learning (ODL) ketika pandemik COVID-19 yang lalu sebagai motivasi bagi diri saya. Saya selalu berpegang dengan kata-kata inspirasi “Motivation may get you started, but it takes discipline to keep you going”. Ketegasan Ibu dan Ayah sentiasa memastikan saya menjadi seorang yang berdisiplin dan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan, adalah hasil apa yang saya kecapi hari ini, terima kasih Ibu dan Ayah!”. Anugerah Pingat Emas Naib Canselor Syed Muhammad Ibrahim Syed Mud Pu’ad Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) Fakulti Sains dan Teknologi RISALAH USIM EDISI 36, 2021

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=