e-Risalah USIM - Edisi 34

42 RISALAH USIM EDISI 36, 2021 PANDUAN MENULIS RESUME USIM Terus Maju 1. Maklumat Peribadi Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mel. Anda boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas. 2. Hobi/ Aktiviti Masa Lapang Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat pada masa lapang dapat menolong bakal majikan menilai karakter anda. Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi. 3. Pendidikan dan Kelayakan Profesional Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah. Tak payah letak maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Maklumat kelayakan profesional adalah kursus – kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya. 4. Skil/ Kemahiran Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, simpan kira, kelajuan menaip, pengurusan projek, menggubah bunga, penyediaan makanan barat, dan sebagainya. 5. Bahasa Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan. 6. Pengalaman Kerja Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. • Membezakan antara yang berpengalaman dan siswazah baru. • Memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat. • Menentukan gaji pokok anda. 7. Pencapaian dalam Kerjaya Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya. 8. Rujukan Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademik, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. 9. Gaji Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian. Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan daripada panggilan temuduga juga sangat tinggi.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=