e-Risalah USIM - Edisi 34
41 2,774PelajarbaharuSarjanaMudaUSIMsesi akademik 2021/2022 jalani taaruf S eramai 2,774 orang pelajar baharu program Sarjana Muda Sesi Akademik 2021/2022 USIM selesai menjalani sesi Taaruf secara dalam talian yang bermula pada 7 hingga 10 Oktober 2021 menerusi platform Sistem Global Open Access Learning System (GOALS) USIM. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Taaruf berkata, pelajar baharu Sarjana Muda ini telah mula mendaftar S eramai lebih kurang 800 pelajar baharu sesi akademik 2021/2022 dan juga pelajar semasa (berkeperluan khas) USIM telah mendaftar masuk secara fizikal ke Kolej Kediaman USIM secara berperingkat. Kemasukan fasa pertama ini dilaksanakan dengan mematuhi prosedur opersi standard (SOP) yang telah ditetapkan di mana ujian calitan saringan covid-19 dilakukan sebelum dibenarkan memasuki kolej kediaman masing-masing. Menurut Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin, sebanyak lima fasa kemasukan pelajar secara berperingkat akan dijalankan sehingga 5 Disember depan. Kemasukan pelajar berkeperluan khas ini adalah mengambil kira pelajar yangmemerlukan penggunaan makmal untuk melakukan latihan amali terutamanya dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan seni bina. Pasangan suami isteri Shairul Azman Bahari dan Norazihan Adnan membawa sebuah motosikal Jenis Yamaha 150 menaiki Hilux bagi memudahkan pergerakan anaknya semasa pengajian di kampus. Mereka bergerak dari Pontian Johor seawal pagi sebelum tiba pada jam 10 pagi bagi mendaftar masuk Muhammad Firdaus Azman,21, yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Quran dan Sunnah. 800 pelajar mendaftar secara fizikal ke Kolej Kediaman bagi fasa pertama Motosikal ini adalah hasil ‘titik peluh’ Muhammad Firdaus yang menjalankan kelas mengaji sejak tiga tahun lalu ketika belajar Diploma di Kolej Pengajian Islam (Marsah) Johor Bahru. “Saya memang minat motor Yamaha ini, dan saya tekad untuk kumpul duit sendiri untuk membeli motor ini yang berharga RM9,800”, ujar Firdaus. Beliau yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru agama atau pendakwah menzahirkan rasa gembira apabila diterimamelanjutkan pengajian di USIM yang merupakan pilihan pertamanya. secara dalam talian bermula 2 hingga 5 Oktober 2021. Pelajar telah menggunakan kaedah Taaruf secara dalam talian berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang melanda negara dan tertakluk kepada arahan semasa dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). “Pelajar perlu melengkapkan Taaruf secara dalam talian selama lima jam dan antara segmen-segmen di dalam sesi Taaruf yang perlu diikuti adalah Naratif HEPA, Lonjakan Kuantum dan Naratif Fakulti”. RISALAH USIM EDISI 36, 2021
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=