e-Risalah USIM - Edisi 34
32 ProgramIjazahSarjanaMuda Undang-UndangdanSyariah (SmUS)USIM Mendapat Pengiktirafan Penuh LKPU K ementerian Pengajian Tinggi (KPT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada USIM yang telah berjaya mendapat pengiktirafan penuh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LKPU) bagi program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (SmUS). Pengiktirafan penuh ini membolehkan graduan SMUS dikecualikan daripada menduduki dan lulus Certificate of Legal Practice (CLP) bagi maksud menjadi ‘orang berkelayakan’ di bawah Akta 166 bagi kemasukan ke dalam profesion undang-undang dan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara. USIM bekerjasama rapat dengan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LKPU) untuk mendapatkan pengiktirafan penuh bagi program Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (SMUS) di tawarkan oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) USIM. Proses permohonan pengiktirafan penuh secara rasmi kepada LKPU telah dibuat pada 2010 dan bermula dari tempoh tersebut, USIM dan FSU telah terlibat dalam beberapa lawatan penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian dari LKPU. Sepanjang proses permohonan ini berlaku, USIM komited dan memberi komitmen penuh terhadap segala syor-syor penambahbaikan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penilaian untuk dilaksanakan diperingkat fakulti dan universiti. LKPU dalam mesyuarat yang diadakan pada 19 Mei 2021 telah membincangkan dengan teliti syor Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC) berhubung penilaian semula Program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah USIM bagi memastikan pematuhan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga bagi tujuan pengiktirafan penuh program ijazah tersebut. Keputusan Lembaga adalah seperti berikut: Berita Kampus 1 Graduan Undang-Undang USIM yang bergraduasi pada tahun 2018 dan ke atas adalah diiktiraf sebagai ‘orang yang berkelayakan’ berdasarkan Seksyen 3 Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan dikecualikan daripada menduduki peperiksaan Certificate of Legal Practice (CLP); 2 Graduan Undang-Undang USIM yang bergraduasi pada tahun 2016 dan 2017 dan telah mendapat Certificate of Completion and Skill of Practical Training diiktiraf sebagai ‘orang yang berkelayakan’ berdasarkan Seksyen 3 Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan dikecualikan daripada menduduki peperiksaan Certificate of Legal Practice (CLP); dan 3 Graduan Undang-Undang USIM yang bergraduasi pada tahun 2016 dan 2017 dan tidak mendapat Certificate of Completion and Skill of Practical Training dikehendaki menduduki dan lulus peperiksaan Certificate of Legal Practice (CLP). RISALAH USIM EDISI 36, 2021
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=