e-Risalah USIM - Edisi 34
Tema Pandemik COVID-19 Pemangkin Prosumer Muslim Yang Berdisiplin 3 P andemik COVID-19 Pemangkin Prosumer Muslim yang Berdisiplin diangkat sebagai tema Majlis Konvokesyen Ke-19 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia menjadi satu krisis global; sektor ekonomi antara yang paling terkesan dan memberi kesan rantaian negatif yang besar. Tetapi disebaliknya, ia telah mencipta peluang yang baharu untuk mereka yang terkesan bagi menjana sumber pendapatan dengan pendekatan yang lebih kreatif, berinovasi serta memanfaatkan teknologi terkini. Prosumerisme secara ringkasnya bermaksud keupayaan untuk menggunakan produk serta pada masa yang sama berkeupayaan juga mengeluarkan produk yang sesuai dengan keperluan serta kehendak pasaran semasa. Konsep prosumerisme dilihat bertepatan dan bersesuaian untuk diadaptasi dalam keadaan semasa dan secara tidak langsung ia mencipta peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi selari dengan adaptasi kehidupan norma baharu dan mendepani fasa pasca COVID-19. Graduan USIM sebagai produk yang dilahirkan dari sebuah universiti yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli sebagai keunikannya telah membentuk para mahasiswa dengan penerapan elemen ketakwaan kepada Allah SWT dan berperanan sebagai khalifah Allah. Melalui DNA USIM yang dimiliki, para graduan menjadi insan yang berupaya memainkan peranan penting dalam membangunkan ummah lebih-lebih lagi dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi dengan cara yang lebih berinovasi. Bagi merealisasikan tanggungjawab dan peranan tersebut, konsep prosumerisme dijadikan pemangkin melalui pembudayaan inisiatif Learn More, Make More and Share More. Pendekatan prosumerisme yang disulamkan bersama integrasi elemen Naqli dan Aqli diyakini akan menghasilkan inisiatif-inisiatif yang mampu digarap untuk melahirkan individu yang berilmu, berdisiplin dan bertakwa sekali gus memberi sumbangan, manfaat dan hikmah besar kepada sarwajagat. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (daripada satu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap. Surah Al-Insyirah 94:5-8 RISALAH USIM EDISI 36, 2021
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=