e-Risalah USIM - Edisi 34

26 RISALAH USIM EDISI 34, 2019 Berita Kampus Bantuankomputer ribakepada PelajarB40melaluiProjekJomInfaq P usat Wakaf dan Zakat (PWZ) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) menyalurkan bantuan Komputer Riba kepada pelajar B40 melalui Projek Penjanaan Sumber Awam (Crowd Sourcing) yang telah dilancarkan oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al- Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun lepas. “Melalui kajian dan soal selidik yang dijalankan, pelajar baharu USIM terutama dalam kalangan B40 tidak mempunyai komputer riba. Bagi memastikan pembelajaran mereka tidak menghadapi masalah untuk menjalankan sesi PdP secara atas talian, pelajar-pelajar ini perlu dibantu melalui projek crowdfunding/ crowdsourcing ,” ujar Prof. Dr. Zurina, Pengarah PWZ. “Setakat ini sebanyak 15 unit komputer riba dan Ipad telah disumbangkan oleh penyumbang, dan sebanyak 4 unit komputer riba yang disumbangkan oleh Yayasan Maghfirah telah diserahkan kepada pelajar tahun satu yang terpilih. Selain itu, seramai 86 orang telah menyumbang secara tunai kepada projek ini melalui portal jominfaq. usim.edu.my ,” tambahnya. Bantuan diberikan melalui sumber zakat dan Tabung COVID-19 USIM iaitu: Bantuan Data Internet Pelajar B40 USIM (RM100 seorang) kepada 4,517 orang pelajar yang melibatkan peruntukan zakat sebanyak RM451,700.00 . Bantuan Data Internet Pelajar B40 USIM (RM114 seorang) kepada 26 orang pelajar yang melibatkan peruntukan daripada Tabung COVID-19 USIM adalah sebanyak RM2,964.00. Fasa pertama bantuan komputer riba ini disasarkan untuk diagihkan kepada 194 orang pelajar baharu USIM dalam kalangan B40 dengan sasaran sumbangan wang tunai sebanyak RM50,000.00. Jom Tonton https://bit.ly/3vRTKyB KempenBantuan KomputerRibakepada PelajarB40 GSMTaja50%YuranPengajianSarjana G raduate School of Muamalat (GSM), USIM menawarkan tajaan sebanyak 50% kepada alumni USIM yang ingin menyambung pengajian di peringkat Sarjana bagi kemasukan bulan Oktober 2021. Penyelaras program sarjana, Prof. Madya Dr. Ummi Salwa Ahmad Bustamam berkata, tajaan yuran pengajian sebanyak 50% tersebut diberikan kepada alumni USIM yang berkelayakan sebagai salah satu inisiatif untuk menarik minat dan membantu alumni USIM yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. “Tawaran penajaan yuran pengajian sebanyak 50% ini juga sebenarnya memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan kesarjanaan dan kemahiran mereka agar dapat menambah baik taraf kehidupan mereka di masa hadapan apabila menjadi seorang pekerja profesional kelak,” katanya. Beliau menambah, peluang untuk menyambung pengajian sarjana di USIM juga turut terbuka kepada orang ramai dan GSM juga telah membuat penstrukturan yuran yang baharu. dan lebih berpatutan. GSM menawarkan lima program di peringkat Sarjana iaitu Sarjana Pentadbiran Muamalat, Sarjana Pentadbiran Muamalat (Produk Halal), Sarjana Perakaunan dan Audit Syariah, Sarjana Perbankan Islam dan Sarjana Kewangan Islam. Calon pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian boleh melayari http://gsmuamalat.usim.edu.my/ . Program penajaan ini akan diteruskan melalui sumbangan yang diterima menerusi program Tabung Biaya Yuran Pengajian dan boleh diakses menerusi portal Jom Infaq USIM. 6 21

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=