e-Risalah USIM - Edisi 34
25 RISALAH USIM EDISI 36, 2021 Ahmad Farid Jamal , graduan Sarjana Sains Fakulti Sains dan Teknologi yang bekerja sebagai Penolong Pendaftar di FST USIM akui pengurusan masa merupakan cabaran yang terbesar dalam memastikan pelajaran dan kerjayanya dapat dilaksanakan dengan terbaik. Renuka , graduan Sarjana Sains Fakulti Sains dan Teknologi berkongsi pengalaman berjalan kaki ke Hospital Ampang dari fakulti di Pandan Indah untuk mengambil sampel projek. “Saya tiada kenderaan sendiri, dan kadang kala saya akan menggunakan perkhidmatan kereta Grab untuk berulang alik ke makmal di Pandan Indah dan menyiapkan tugasan di hospital ketika itu”. _ Ahmad Farid Jamal Antara cabarannya, saya pernah menyiapkan assignment sehingga jam empat pagi, tidur sekejap dan kemudiannya bangun pada jam enam pagi untuk bersiap ke tempat kerja”. Muhammad Iskandar Zulkarnain Shamsul Bahar , graduan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian tidak menyangka hantaran gambar menerima skrol ijazah yang ‘disampaikan’ oleh abang J&T dengan kapsyen ‘Alhamdulillah, done degree ” di Twitter tular. Lebih bermakna buat dirinya dan keluarga apabila beliau menaiki pentas utama untuk menerima anugerah daripada Canselor USIM. Sedang melanjutkan pengajian kini dalam Diploma Lanjutan Kehakiman dan Guaman Syarie turut menyimpan cita-cita untuk menjadi Hakim Mahkamah Syariah dengan menjadikan tip bijak mengatur masa dan tidak bertangguh melakukan sesuatu kerja sebagai rahsia kejayaannya. Cabar diri bekerja sambil belajar Konvo ‘depan rumah’ akhirnya ke pentas terima anugerah >>> Majlis Konvokesyen USIM Kali Ke-18 dimulakan dengan Majlis Pengisytiharan Konvokesyen pada 6 April 2021 yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM. Para graduan menerima ijazah masing- masing secara berperingkat dalam Majlis Konvokesyen yang diaturkan secara janji temu mulai 7 hingga 18 April dengan jumlah kehadiran yang minimum bagi setiap sesi yang ditetapkan dengan rakaman gambar graduan menerima skrol diambil menggunakan teknik skrin hijau. Majlis Konvokesyen ke- 18 secara Janji Temu Konvokesyen
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=