e-Risalah USIM - Edisi 34
24 RISALAH USIM EDISI 36, 2021 Konvokesyen Faiz Irsyad Nasrul Hisham kini sedang berkhidmat sebagai eksekutif bahan digital di Damansara. Faiz menyahut cabaran dengan mencuba benda baru apabila diberi tanggungjawab untuk mengendalikan rancangan siaran langsung yang diterbitkan oleh syarikat produksi tersebut. MuhammadNazirul Amin Shamzuri bekerja sebagai Penyunting Video di sebuah NGO kemanusiaan. Kemahiran dan penglibatan beliau sebagai seorang ahli dalam menghasilkan bahan digital semasa Majlis Konvokesyen USIM dua tahun berturut- turut, serta merupakan penyunting dan pengarah penghasilan video Raya USIM merupakan pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan. Adliyah Noor Habibullah akui cabaran untuk mendapatkan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu. Ketika itu, beliau cuba memulakan bisnes kek dan mengajar bahasa Mandarin. Selepas lima bulan, beliau berjaya mendapat tawaran pekerjaan dalam bidang penyiaran media di Syarikat Oil & Gas di Kuala Lumpur. Muhammad Farhan Ramli yang kini berkhidmat sebagai juru video (stringer) di Media Prima Baling Kedah. “Saya bercita-cita untuk bekerja sebagai juru video di bawah syarikat produksi, serta menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian Sarjana”. GraduanMediaBaharu dapat tempat di industri Tangguh cari kerja, demi menjaga adik 1 2 3 “Selepas tamat latihan industri, saya menjaga adik di rumah kerana beliau memerlukan penjagaan yang rapi dari segi pemakanan dan penjagaan seharian. Jika diikutkan, saya memang merancang untuk mencari pengalaman kerja seperti orang lain, cuma saya masih tunggu masa yang sesuai.” Demi kasih terhadap adik yang sakit, Nur Azyan Lina Normishidi , menangguhkan niat untuk mencari kerja luar. Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah dan Pengurusan Maklumat kini bekerja sebagai ejen dropship beberapa produk sambil menjaga adik lelaki yang berusia 18 tahun yang disahkan menghidap kanser limfoma. 1 2 3 Imbau kembali Pandemik Covid-19
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=