e-Risalah USIM - Edisi 34

21 RISALAH USIM EDISI 34, 2019 63 Kadet Kor-SISPA USIM ditauliah sebagai Leftenan Muda Pertahanan AwamKali Ke-11 “Kemahiran yang pelbagai serta ilmu ketahanan fizikal dan mental menjadikan saya sangat meminati bidang ini. Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan dapat mempelajari pelbagai kemahiran kendiri, serta menyertai SISPA Challenge di mana latihan daripada pagi hingga malam, memberi pengalaman dalam menguruskan cabaran dan memupuk kesabaran yang tinggi dalam diri. Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang pendidik dan visi saya untuk menguasai kemahiran dari pelbagai aspek agar dapat membantu dan menyumbangkan tenaga kepada negara dan masyarakat”. Leftenan Muda Muhammad Afiq Irfan Hisham Pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi S eramai 63 Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor- SISPA) Universiti Sains Islam Malaysia layak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam di Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-SISPA) kali ke-11 yang dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan Wahab. Akibat kekangan penularan Wabak Covid-19 serta bencana banjir yang melanda negara, seramai 20 kadet menerima pentauliahan menerusi siaran langsung menggunakan aplikasi dalam talian. KOR-SISPABERBAKTI Seramai 27 Leftenan Muda Pertahanan Awam yang merupakan graduan USIM telah menyumbang bakti sebagai sukarelawan dan bertugas bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia semasa menghadapi Wabak Covid-19 ini. Leftenan Muda PertahananAwamUSIM turut aktif melaksanakan program berkaitan kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta memberikan khidmat bimbingan sebagai pembantu pengajar kemahiran dan ilmu Pertahanan Awam kepada sekolah, politeknik dan masyarakat di sekitar Negeri Sembilan. Semenjak penubuhan yang bermula pada tahun 2008, seramai 686 Kadet Kor-SISPA USIM telah berjaya menamatkan latihan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam. Sebahagian besar Leftenan Muda Pertahanan Awam yang telah bergraduasi masih berhubung sebagai alumni dan melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Pegawai KadetTerbaik Jom Tonton https://bit.ly/37C47vL MajlisPentauliahan Kor-SISPAUSIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=