e-Risalah USIM - Edisi 34

2 Aluan Ketua Editor Ketua Editor Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Sidang Editor En. Mohd Zaini Othman Pn. Nor Fadzlina Azahari Pn. Noorumaina bt Mohamed Yunus En. Mohd Badrul Hisham Zakaria Pn. Saraina Kassim Konsep & Rekabentuk Pn. Wahida Hj Abas En. Mohamad Hikhmal Hazali Fotografi En. Kamarull Syamzari Kamaruddin En. Mohd Yusrizal Mohd Yunus Sidang Editor A ssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepadaAllah kerana dengan izin-Nya Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) berjaya menghasilkan RISALAH USIM. Syabas diucapkan kepada Sidang Editor yang telah menggembleng tenaga dan usaha dalam menerbitkan RISALAH USIM edisi Jan hingga November 2021 ini. Namun apa yang lebih eksklusif ialah RISALAH USIM kali ini turut memuatkan maklumat mengenai Majlis Konvokesyen USIM yang ke-19. Setelah lebih dua tahun berada dalam keadaan pandemik COVID-19, Majlis Konvokesyen ini merupakan konvokesyen secara fizikal sepenuhnya yang pertama diadakan selepas penularan pandemik dan tema “Pandemik COVID-19 Pemangkin Prosumer Muslim yang Berdisiplin” telah dipilih sebagai tema konvokesyen. Pada edisi kali ini,pelbagai kupasan dan soroton sepanjang tahun disiarkan. Antara yang ditonjolkan dalam edisi kali ini adalah inisiatif-inisiatif bagi merealisasikan konsep prosumerisme yang telah digarap oleh Naib Canselor, Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor melalui Sembilan (9) sasaran yang telah digariskan bagi mencapai hasrat menjadikan USIM sebagai sebuah Universiti Glokal Berimpak Tinggi yang menerapkan tradisi keilmuan Islam yang unggul bersesuaian dengan persekitaran dan teknologi terkini dan masa hadapan. Tahun 2021 juga menyaksikan nama USIM terus terpahat melalui pelbagai kejayaan dalam bidang akademik, penyelidikan serta sumbangan kemasyarakatan melibatkan staf akademik dan pentadbiran serta pelajar. Antara kejayaan yang membanggakan termasuklah pengiktirafan penuh badan profesional iaitu Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (LPQB) bagi Program Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah (SMUS) USIM yang sudah tentunya memberikan sinar kepada graduan bagi program ini untuk mengembangkan kerjaya mereka dalam bidang guaman selain kejayaan pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT Mega USIM yang menyumbang telah kepada 13.1 peratus pembentukan imuniti kelompok Negeri Sembilan bagi membendung penularan COVID-19. Justeru, RISALAH USIM kali ini membingkiskan momen indah yang akan dicatat sebagai detik bersejarah yang perlu diingati buat semua Warga USIM. Diharapkan agar RISALAH USIM akan terus menjadi santapan minda dan platform untuk mempromosikan program, aktiviti dan perkembangan USIM dari semasa ke semasa kepada warga USIM dan masyarakat sekitar. Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah Pusat Komunikasi Strategik Universiti Sains Islam Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=