e-Risalah USIM - Edisi 34
19 kebolehpasaran produk-produk berkualiti, bermutu tinggi dan halalan toyyiban malahan dijangkakan Malaysia bakal menjadi pangkalan perkilangan produk halal berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi terkini. Konsep prosumer ini telah sekian lama diamalkan oleh negara-negara luar yang terkenal sebagai negara maju seperti Eropah, Jepun, dan Amerika Syarikat memandangkan negara ini adalah antara negara pengeluar terbesar. Dalam usaha melahirkan prosumer Muslim dalam kalangan belia, mereka harus bijak memanfaatkan sumber sedia ada dengan sebaik mungkin misalnya menjual hasil lebihan daripada keperluan sendiri. Ia melibatkan daya usaha berterusan, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu produk yang boleh dijual dan dipasarkan seterusnya mampu menjana pendapatan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Justeru itu, pelbagai usaha digerakkan untuk menjayakan misi dan visi menghasilkan golongan prosumer Muslim yang berjaya terutama dalam kalangan belia yang baru menamatkan pengajian. Penglibatan sebagai prosumer memberi ruang untuk golongan belia menimba ilmu pengetahuan dalam bidang inovasi penghasilan produk dan pemasaran. Sebagai prosumer, pengguna perlu memanfaatkan peluang yang ada di depan mata dengan kreatif dan inovatif melibatkan penghasilan produk yang boleh menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Prosumer yang berjaya perlu berani mengambil risiko untuk bersaing dalam sektor sedia ada agar ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan rakan industri yang telah lama bertapak dalam penghasilan produk-produk di pasaran. Bagi menggapai matlamat untuk melahirkan golongan prosumer yang berjaya terutama dalam golongan belia, Universiti Sains Islam Malaysia merupakan salah sebuah universiti tempatan yang sedang berusaha untuk merealisasikan konsep prosumer ini. Bertemakan Prosumer Muslim yang Berdisiplin terdapat 9 saranan utama telah dibangunkan oleh pihak universiti sepertimana yang telah digarap oleh Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapan semasa berlangsung Majlis Amanat 2021. Ia sejajar dengan peranan belia yang bakal menjadi penentu masa depan masyarakat dan negara. Golongan ini relevan untuk terlibat sebagai prosumer memandangkan terbuka dan bersedia merebut peluang yang ada di depan mata melalui kesinambungan usaha-usaha kerajaan dalam melahirkan golongan belia serba boleh selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam sektor pengeluaran. Malaysia menggalakkan penglibatan pengguna sebagai pengeluar misalnya dalam produk-produk komoditi tambahan lagi Malaysia merupakan negara perladangan yang mempunyai pelbagai nilai komoditi seperti minyak sawit, koko, getah kayu dan lada. Kepelbagaian sektor sedia ada yang ditawarkan oleh pihak kerajaan di samping dorongan pihak swasta bakal membantu golongan belia memulakan perniagaan dan akhirnya berjaya meningkatkan taraf ekonomi individu dan keluarga walaupun hanya bermula secara kecil-kecilan. Prosumer Muslim dalam sektor makanan misalnya amat penting bagi memastikan tahap sekuriti makanan yang dihasilkan lebih terjamin malahan ia dapat membantu peningkatan ekonomi golongan sasar yang terlibat dalam sektor pertanian. Kini kita tidak hanya menjadi pengguna (consumer) tetapi turut menjadi pengeluar (producer) sebagai salah satu usaha mengerakkan budaya prosumerisme dalam kalangan belia memandangkan mereka berpotensi melakukan perubahan positif untuk masa depan. Tuntas, prosumerisme berupaya menjana peluang pekerjaan yang lebih berinovasi, menangani pengangguran dan mengurangkan kemiskinan tambahan lagi pada saat dan ketika negara masih lagi berusaha bangkit dari impak pandemik sedia ada. Manfaatkan era Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) untuk melahirkan prosumer Muslim yang berjaya dalam kalangan belia. RISALAH USIM EDISI 36, 2021
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=