e-Risalah USIM - Edisi 34
18 P andemik Covid-19 telah menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran kerja tempatan malahan wabak ini menjadi salah satu punca individu hilang pendapatan dan masalah pengangguran di negara ini. Ia melibatkan pelbagai peringkat umur khususnya golongan belia yang sebahagiannya merupakan lepasan universiti. Kegagalan memperoleh pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan masing-masing mula menimbulkan kebingungan dan memerlukan perhatian pelbagai pihak. Terdapat pelbagai bantuan dan inisiatif jangka pendek dan panjang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu golongan yang terjejas namun mekanisme tambahan masih diperlukan untuk mengurangkan beban yang ditanggung bagi golongan terkesan. Namun, saat sukar ini amat relevan untuk mengetengahkan idea dan konsep prosumer yang bakal menjana pendapatan sendiri sebagai pilihan untuk kelangsungan hidup masing-masing. Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin kadar pengangguran pada bulan Januari 2021 mencatatkan peningkatan kepada 4.9 peratus berbanding bulan Disember tahun sebelumnya. Peningkatan dijangkakan berterusan susulan berlaku penelitian semula strategi perniagaan melibatkan sektor- sektor utama negara. Tidak dapat dinafikan akibat pandemik yang melanda terdapat beberapa sektor terjejas teruk misalnya pelancongan, pertanian, perlombongan dan pengkuarian yang mencatatkan penurunan guna tenaga kerja. Situasi ini amat membimbangkan dan ia memerlukan strategi berkesan dari pelbagai pihak terutama individu yang terlibat untuk membantu mereka menjana pendapatan berterusan demi meneruskan kehidupan. Dalam aspek ini, idea dan konsep prosumer menjadi alternatif pilihan dalam usaha menjana pendapatan tetap dan sampingan tatkala berlakunya ketidaktentuan dalam pasaran kerja tempatan. Dalam aspek ini perlaksanaan idea dan prosumer ini, golongan belia berpotensi menjana pendapatan melalui tiga pilihan. Pertama sebagai pengusaha dan pengeluar produk. Kedua, pemasar dan penjual produk dan ketiga sebagai prosumer produk. Melalui tiga kaedah yang dinyatakan, pilihan ketiga mampu menjana pendapatan lumayan memandangkan penghasilan produk akan dipromosikan dan dijual oleh pengusaha sendiri tanpa bantuan dan penglibatan orang tengah. Ini kerana prosumer adalah individu yang menggunakan dan dalam masa yang sama menghasilkan produk itu. Idea dan konsep prosumer telah diperkenalkan buat julung kalinya oleh seorang penulis terkenal Alvin Toffler dalam buku hasil karyanya bertajuk ‘The Third Wave’ pada tahun 1980. Idea dan konsep asal ini melibatkan peranan individu bukan sahaja sebagai pengguna tetapi turut terlibat sebagai pengeluar. Idea dan konsep ini dilaksanakan melalui potensi revolusi ekonomi selari dengan keberadaan Revolusi Industri 4.0 melibatkan perkongsian penglibatan dan penyertaan aktif individu sebagai pengguna. Kini, keperluan melahirkan golongan prosumer yang berjaya khususnya dalam kalangan belia Muslim penting memandangkan Malaysia pada hari ini menjadi salah sebuah negara Islam yang bergantung pada pengeluaran perdagangan dalam memacu pengukuhan sektor ekonomi akibat implikasi pandemik Covid-19. Usaha melahirkan prosumer Muslim mampu meningkatkan rantaian nilai USAHAMELAHIRKAN GOLONGAN PROSUMER BELIA MUSLIMYANG BERJAYA In our Words Dr Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi & Muamalat RISALAH USIM EDISI 36, 2021
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=