e-Risalah USIM - Edisi 34
17 RISALAH USIM EDISI 36, 2021 al-Amin ALAMIYYAH Alamiyyah (Global) memberi gambaran kesediaan USIM dan warganya untuk meneroka pelbagai bidang di peringkat yang lebih jauh dan terkehadapan. Bersifat Alamiyyah merangkumi kemampuan multilingual (kepelbagaian bahasa), kebolehan multicultural (kepelbagaian budaya) dan bersifat sentiasa terkehadapan serta mampu menerajui perubahan. AMANAH Sifat Amanah pula merangkumi integriti dan akauntabiliti dalam menjalankan tugas. Dari segi istilah ‘amanah’ bermaksud boleh dipercayai dalam segala hal yang dipertanggung jawabkan kepada seseorang, baik hak-hak itu milik Allah mahupun hak hamba, baik yang berupa benda, pekerjaan, perkataan, ataupun kepercayaan hati. Sifat-sifat ini bukan sahaja dituntut dalam Islam malah memerlukan keteguhan Iman dalam mendepani sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan sesorang itu tersasar daripada memikul tanggungjawabnya. AMANAH Sifat Muafakat pula mencerminkan wujudnya kerjasama dan semangat berpasukan dalam sebuah organisasi. Sifat muafakat dan kerjasama ini penting dalam organisasi serta menyumbang kepada persefahaman antara staf dan organisasi yang boleh memberi nilai tambah kepada organisasi. Segala masalah perlu diselesaikan secara muafakat kerana muafakat membawa berkat. Muafakat yang ingin dibina di USIM adalah yang berteraskan konsep syura.
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=